Wednesday, February 25, 2009

Ekspidi Gunung Angsi:Satu Kepuasan Peribadi II

Alhamdulillah,syukur ke hadrat Allah 'azza wa Jall kerana diberi kekuatan untuk penulis pada malam ini untuk menyambung entri yang sekian lama membisu,Ekspidisi Gunung Angsi.

Setelah selesai turun,kami solat Asar berjemaah.Penulis,saudara Hisyam dan saudara Syazwan kemudiannya mencari "kesejukkan" di sungai tetapi Hisyam dan Syazwan mendahului penulis.

"Ishh.Sejok na aek sunge tok ehh"(Ishh.Sejuknya air sungai ni)

"Yalah,kali ntam ujan tadik kali"(Yalah,mungkin sebab hujan tadi kot)

Subhanallah.Sejuknya air sungai Hutan Ulu Bendul tidak terkira.Berendamnya kami bertiga di sungai tersebut gara-gara gagal melepaskan geram dengan jeram yang terletak kira-kira 30 minit perjalanan dari tapak perkhemahan kami.


Sesi malamnya diisi dengan "sharing moment" diantara ahli ekspidisi.Dari satu topik ke topik yang lain dibincang.Dari isu Gaza,Obama,hinggalah ke isu tanah air tercinta,Sarawak.Pastinya,tanah Sarawak menagih kedatangan Islam.Siapa lagi kalau bukan kita yang membawanya?

Paginya setelah selesai solat Subuh,kami mengemas tapak perkhemahan kami.Pada tengah harinya,penulis bergerak secara solo berangkat pulang ke Melaka.Berat rasanya meninggalkan sahabat-sahabat seperjuangan.

Dengan berbekalkan doa dan pengalaman,penulis menggagahkan diri meneroka lebuhraya.Pastinya dengan badan yang letih dan mata yang layu,memberi tekanan kepada penulis untuk meneruskan perjalanan.Alhamdulillah,akhirnya penulis selamat sampai ke asrama kira-kira pukul 2.30 petang walaupun penulis hampir-hampir mengalami kemalangan.

Banyak pengajaran yang penulis dapat dari ekspidisi ini.Seperti peringatan yang selalu disebut oleh Bang Azrul.

"Kita tok dekik gunong bukan semata-mata dekik gunong.Tapi kita belajar dari alam sekeliling kita.Tanggalah dan pelajarilah dari ciptaan Allah tok"(Kita naik gunung ni bukan semata-mata naik gunung.Tetapi kita belajar dari alam sekeliling kita.Lihat dan pelajarilah dari ciptaan Allah ini)

Wallahualam

No comments: