Friday, February 13, 2009

Situasi di Perak II

"Ish,jahat betullah"

"Tak sangka aku jadi macam ni"

Pastinya,masyarakat di Malaysia umumnya mengetahui apa yang berlaku di Perak baru-baru ini termasuklah dua pilihanraya kecil yang bakal berlangsung pada 2 April ini yakni satu berlaku di Perak dan satu lagi di Kedah.Umumnya,remaja baik di peringkat sekolah mahupun di peringkat universiti sudah muak dengan politik di Malaysia.Rata-ratanya melihat politik di Malaysia sangat "kotor" dan budaya politik "kotor" ini juga menyelinap masuk ke dalam politik kampus.

Definisi Politik

Sebeleum kita menyelam dengan lebih dalam mengenai politik,adakah kita tahu apakah itu politik?Politik,berdasarkan Ensiklopedia Wikipedia adalah proses dan cara untuk membuat sesuatu keputusan.Pastinya politik itu tidak terhad di Dewan Rakyat,Dewan Undangan Negeri tetapi terdapat dimana-mana.Ya,pastinya takrif politik saya boleh ditidak mahupun dipertikaikan tetapi kita dapat lihat dari kaca mata kita sendiri.Politik terdapat dimana-mana sahaja!Baik di rumah mahupun di restoran.

Politik itu Kotor?

Itulah yang sering digambarkan oleh masyarakat kita sekarang.Politik kotor,orang yang menyertai politik itu pengotor.Tidak dinafikan itulah yang terpacul dimulut saya apabila munculnya topik berkenaan dengan politik.Ingin saya ingatkan bahawa jangan salahkan politik,kerana sebagai seorang muslim politik itu tidak kotor.Apa yang mengotorkan politik itu adalah tindakan pemain-pemain politik itu sendiri.

Sifir mudah,apabila kita melihat seorang pemain bola sepak.Pemain tersebut membuat terjahan keras terhadap pihak lawannya.Adakah kita akan menyalahkan permainan bola sepak itu kotor?Pastinya pemain itu yang akan disalahkan dan pemain itulah yang bermain dengan kasar dan kotor.

Tanggungjawab kita?



Itulah situasi di Malaysia.Politik di Malaysia kotor apabila pemain-pemain politik itu membuat tinkah-laku kotor di mata masyarakat.Mahu tidak mahu,apabila menyertai politik di Malaysia terpaksalah kita mengotorkan tangan kita untuk memegang tampuk pemerintahan.Jadi,apakah tindakan dan tanggungjawab kita sebagai seorang rakyat?Adakah kita akan tinggalkan politik semata-mata kekotoran politik itu ataupun kita berusaha untuk membersihkannya?Teringat saya kata-kata Ustaz Hasfa mengenai usaha iaitu ketika Nabi Ibrahim A.S dibakar didalam api yang besar dan panas.Seekor burung pipit berusaha untuk memadamkan api yang membakar baginda.Lalu Ustaz Hasfa bertanya dengan kami,

"Kitak orang rasalah nak,padam sik api ya bila burung pipit ya cuba padam api ya.Besar ne jak burung pipit ya.Ngambik aek pun sikit.Apa kitak orang rasa?"(Kamu rasalah kan,dapat tak burung pipit tu padamkan api tu.Tahulah kan besar mana burung pipit tu.Nak ambil air pun sikit.Kamu rasa dapat tak?)

Dengan yakinnya saya menjawab,"Susah eh Bang Hasfa,sik padam api ya"(Mesti susah Bang Hasfa.Tak padamlah api tu)

Dengan tersenyum Ustaz Hasfa menjawab,"Ne kitak tauk?"(Macam mana awak tahu?)

"Besar ne jak burung pipit ya,ngembak aek pun sikit.Sik sampe rah api pun aek ya kompom padam",(Besar manalah burung pipit tu,nak bawak air pun sikit.Tak sampai pun air tu kat api tu)hujah saya.

Jawab Ustaz Hasfa,"Kedak ya juaklah apa dipadah oleh dak burung helang rah tepinya.Netak si burung pipit ngan memperkecilkan usahanya mok madam api ya"(Macam tu lah apa yang dikata oleh burung helang di sekeliling burung pipit tu.Mereka mentertawakan usaha si burung pipit nak memadam api)

"Mok tauk apa burung pipit ya madah?Aku molah tok sekurang-kurangnya adalah usaha aku mok menyelamat Nabi Allah Ibrahim A.S.Jadi,bila di akhirat kelak bila aku ditanyak ada sik usaha aku cuba menyelamat Nabi Allah Ibrahim A.S ada juak benda dapat dijawabku kelak",(Nak tahu apa jawab si burung pipit?Aku buat ni sekurang-kurangnya ada juga usaha aku nak menyelamat Nabi Allah Ibrahim A.S.Jadi di akhirat kelak,ada juga hujah aku ketika ditanya)tambah Ustaz Hasfa.

Saya terkesima mendengar kata-kata itu.(Dialog diatas telah diubahsuai sedikit untuk memudahkan pemahaman semua)

Ya,itulah yang sering kita lontarkan.Itu salah.Ini salah.Tetapi,apa yang kita lakukan untuk mengubah senario itu untuk menjadi lebih baik?

Adakah kita tetap duduk disitu dan menunggu semuanya menjadi baik?Ataupun kita menghulurkan tangan untuk mengubah senario politik di negara kita?

Ya,apalah daya seorang mahasiswa mahupun rakyat biasa untuk mengubah budaya politik kotor ini.Tetapi ingatlah ketika di hari pembangkitan dan perhitungan,jangan lupa kita semestinya akan ditanya apa yang kita lakukan untuk mengubah situasi ini.

Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah pun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya.Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar zarah pun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya pula.(7-8,Surah Al-Zalzalah)

Maafkan penulis kiranya terkasar bahasa dan terdapat banyak kesilapan didalam entri kali ini.Harap ditegur.

Wallahualam.

1 comment:

HuRuL_Aini said...

a very good entry indeed:)
keep up the good work...i really like cerita burung pipit ya :)