Saturday, May 16, 2009

61?Nakhbah

Dek kerana terleka bersama dengan keluarga,aku terlupa sesuatu yang penting.Ya,sudah 61 tahun peristiwa ini berlaku.Maafkan diriku wahai saudaraku.Ketika diriku ini sedang sibuk bersama keluargaku,aku terlupa tentang nasib kamu di sana.Maafkan aku.Maafkan aku.

Untuk selanjutnya,sila klik di sini.

Monday, May 11, 2009

Terima Kasih Sebuyau!

Updated version

Sebelom berangkat,bekumpol rah banglo dolok.

Bahang mentari terasa pabila tengah hari.Namun kami tetap gagahkan diri untuk menuju ke destinasi yang diidamkan.Saya sendiri sebagai pemandu kadang kala menguap semasa memandu.Letih tetapi rasa berbaloi kerana kami dalam perjalanan berjumpa dengan adik-adik di SMK Sebuyau.Ada di kalangan sahabat yang ingin pergi,sayangnya hasrat mereka tidak kesampaian.Namun tidak mengapa,moga mereka mempunyai peluang di lain hari.Amin.

Pegi sebuyo kita tuk.

Saya ditemani Hisyam dan juga Yana.Setibanya kami di pengkalan feri,kami bertiga sempat mengejar kereta pendahulu kami iaitu Nuaim,Kak Hamas/Umi dan juga Kak Zura.
Perjalanan kali ini mengambil masa lebih kurang 3 jam.Alhamdulillah kami selamat sampai ke destinasi.

Selamat datai ke SMK Sebuyo.

Setibanya kami,kami disambut oleh Cikgu Ahmad-kaunselor SMK Sebuyau.Terima kasih cikgu atas layanan yang diberikan,hanya Allah mampu membalasnya.Perjalanan 3 jam itu tadi hilang,tatkala adik-adik tingkatan 4 iaitu bekas peserta Jom Cemerlang PMR '08 meluru ke arah kami.Terharu saya dibuatnya.

Program Sudah Bermula!

KFC in action.

Tepat pada pukul 3.00 petang,8 Mei 2009 Kem Motivasi PMR 09 atau Jom Cemerlang PMR dimulakan dengan rasminya.Saya dikejutkan oleh kaunselor sekolah bahawa kali ini program disertai oleh 189 peserta yang terdiri dari pelbagai latar belakang keluarga,kaum dan agama.Lebih ramai dari tahun yang sebelumnya.Pastinya inilah cabaran kami.

Dimulakan dengan taklimat dari para guru,seterusnya oleh saya sendiri dan juga AJK Disiplin.Pelbagai ragam adik-adik peserta,namun itulah penyeri program ini.Mohon maaf kepada sahabat-sahabat fasilitator kerana kesilapan saya semasa ta'aruf fasilitator,terutamanya yang muslimah.Harap dimaafkan.(hihi)


Terima kasih adik-adik semua!

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada pihak sekolah SMK Sebuyau khususnya Cikgu Ahmad.Tidak dilupakan AJK serta urusetia program ini,dan yang paling utama-adik-adik tingkatan 3 SMK Sebuyau atas kerjasama adik-adik.Juga kepada mereka yang bekerja disebalik tabir,pimpinan PERKEPIS,juga kepada makcik dan juga pakcik kantin.Sedap masakan makcik dan pakcik(hihihi).

Dan yang terakhir,moga segala usaha kita dan juga pengorbanan yang telah kita lakukan,diterima oleh Allah SWT.

Saya lampirkan sekali video sepanjang program ini berjalan.Terima kasih Ustaz kerana sanggup muat turun video ini ke dalam youtube.

Wallahualam.