Wednesday, December 24, 2008

Menghina?

Artikel ini dipetik dari laman sesawang http://www.utusan.com.my. mengenai pendapat Perdana Menteri Malaysia tentang balingan kasut oleh Muntadar.Muntadar seorang rakyat Iraq yang sudah tidak tahan dengan kerenah askar-askar penceroboh yang bertindak sesuka hati mereka dibumi Iraq.Umpama askar-askar ini adalah raja ditempat mereka.

'Jangan hina ketua kerajaan'

TEHERAN 24 Dis. - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan bahawa mana-mana ketua kerajaan sekalipun tidak boleh dihina seperti apa yang berlaku dalam insiden membaling kasut ke arah Presiden Amerika Syarikat, George W. Bush di Baghdad, Iraq, baru-baru ini.

Perdana Menteri berkata, pihak yang tidak berpuas hati dengan apa juga perkara boleh meluahkan perasaan mereka melalui cara lain.

"Saya sentiasa berpendapat kita tidak boleh menghina ketua kerajaan seperti itu," kata beliau pada sidang akhbar di akhir lawatan rasmi empat hari ke Iran di sini hari ini.

"Kita boleh mengambil tindakan, kita boleh mengeluarkan kenyataan keras jika perlu jika kita tak berpuas hati. Kita tak suka tentanglah, cakaplah dengan sekuatnya," katanya.

Namun tindakan bersifat menghina seperti membaling kasut tidak boleh dilakukan oleh sesiapapun, tegas Abdullah.

Wartawan sebuah stesen televisyen yang berpangkalan di Kaherah yang bertindak membaling kasut itu dilaporkan menghadapi tindakan undang-undang.

Ulasan:

Pastinya saya menyokong tindakan Muntadar,yang dilihat sebagai relevan bagi rakyat Iraq.Pastinya setiap tindakan yang diambil oleh manusia ada sebab dan rasional disebaliknya.

Muntadar,seorang rakyat Iraq yang sayang dengan negaranya sendiri bertindak mempertahankan negaranya melalui kasut tersebut.Ya,Bush merasakan dirinya terhina tetapi itu adalah hasil tindakannya sendiri yang menyebabkan dirinya dihina sebegitu rupa.Sayangnya Bush tidak diletakkan dikhalayak ramai,jika begitu pastinya lebih banyak sambutan kasut oleh rakyat Iraq.

Seperti yang Datuk Seri Abdullah katakan,mungkin keadaan itu relevan di Malaysia tetapi bukan di Iraq.Cuba Datuk Seri bayangkan jika Malaysia berada didalam keadaan seperti Iraq.Saya percaya bukan Datuk Seri akan membaling kasut,malah dengan apa yang ada pada badan Datuk Seri baiknya telefon bimbit mahupun dompet.

Disini saya ingin kongsi sedikit tentang situasi di Iraq.Dari apa yang saya peroleh dari Metacafe Pro.Didalam Metacafe terdapat banyak video-video mengenai penindasan tentera penceroboh terutamanya dari Amerika Syarikat dan juga Britain.Mereka memukul kanak-kanak dengan sesuka hati.Melanggar kenderaan awam dengan sesuka hati.Malah bertindak membunuh rakyat Iraq dengan sesuka hati.

Itu baru di Iraq.Belum lagi di Afghanistan,Chechnya,Kashmir,dan juga Palestin.Kemarahan rakyat Iraq adalah kemarahan umat Islam.Umat Islam ditindas di Iraq,di Chechnya,di Afghanistan dan juga di Palestin.Mana perginya OIC sebagai tempat kesatuan pemimpin-pemimpin negara Islam?Apakah kamu buta dengan apa yang berlaku disana?Disebabkan kerusi yang empuk,udara yang nyaman,lalu kamu melupakan apa yang telah dirasai oleh saudara-saudara kitaa disana?Sedarlah wahai umat Islam.Sedarlah.Bangkitlah untuk menaikkan martabat agama kita ini.

Thursday, December 11, 2008

Sedarlah wahai Muslimin

Artikel ini dipetik dari laman sesawang www.dakwah.info.Sama-sama kita fikir,renung sejenak.

Fatwa halalkan Darah Penduduk Palestin.

Laman web al-jazeera.net melaporkan bahawa para khakham (ulama besar) Yahudi telah meluluskan fatwa menghalalkan darah warga Arab Palestin (Islam dan Kristian) sebagai balasan kepada pembunuhan kader-kader mereka di bandar al-Quds. Fatwa yang akan disebarkan keapda umum pada hari Sabtu, 29 Mac 2008 melalui majalah rasmi kumpulan ultra ortodoks Yahudi itu bertajuk ‘Darah Yahudi lebih mahal dari emas’.

Rabbi dari bandar Safd, Samuel Eliyahu telah mengesahkan perkara tersebut dan menyeru agar kerajaan Israel mengulangi menubuhkan semula unit 101 yang pernah diketuai oleh Ariel Sharon pada masa lampau. Unit tersebut terkenal dengan kekejaman mereka membunuh warga awam Arab dan juga pembunuhan kelarga-keluarga Arab di kampung Qabyah dan Nahalin pada tahun 50’an. Unit yang diketuai oleh Ariel Sharon itu juga terkenal dengan kekejaman mereka membunuh seluruh penduduk kampung Arab, termasuk wanita, kanak-kanak dan warga tua di dalam sebuah rumah yang diletupkan secara kejam.

Eliyahu menjelaskan bahawa fatwa berkenaan adalah bersumberkan dari Taurat. Menurut beliau darah kaum selain dari Yahudi adalah halal dan mereka berhak untuk melakukan perkar ayang sedemikian. Beliau mendakwa, jika pihak AS dan Rusia boleh menumpahkan darah kaum Muslimin, mengapa kaum Yahudi tidak boleh dibenarkan melakukan perkara yang sama. Fatwa tersebut telah mengundang kritikan dan penentangan dari ahli parlimen Arab di dalam knesset rejim Zionis Israel. Mereka membawa isu tersebut ke pihak pengadilan dan meminta agar fatwa yang berbau keganasan tersebut diharamkan oleh pihak mahkamah tinggi kerajaan rejim.

Agak ironik, darah lebih 100 rakyat Gaza telah ditumpahkan sebelum peristiwa serangan ke atas kader-kader Yahudi ultra Ortodoks. Tidak pula kedengaran mana-mana ulama Islam di Gaza menghalalkan darah warga awam Yahudi di seluruh dunia. Peliknya, apabila nyawa para kader-kader ultra ortodoks Yahudi Zionis yang juga merupakan anggota tentera sukarelawan rejim terbunuh, mereka menghalalkan darah semua warga Arab Palestin. Di manakah media antarabangsa untuk mempamerkan kepada dunia wajah sebenar ‘pengganas dunia’?

Oleh: Mazlee Malik (Palestinkini.Info)

Tuesday, December 2, 2008

Hebahan untuk semua!!!

Assalamualaikum W.B.T

Kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi fasilitator untuk program Jom Masuk 'U' yang akan diadakan pada 18-20 Disember ini,sila hadirkan diri untuk Induksi Fasilitator pada Jumaat ini,5-7 Disember 2008 di sekretariat PERKEPIS di Masjid Wan Alwi,Tabuan Jaya.

Bawa sekali barang-barang keperluan seperti pakaian yang mencukupi untuk 3 hari 2 malam.Kita akan bermalam di sekretariat.Yuran mengenai induksi yang tidak membebankan akan diberitahu pada hari induksi berjalan.

Untuk maklumat lanjut,sila hubungi:
Saudara Hisyamuddin :0138114445
Saudara Ahmad : 0168994957 / 0136212872
Saudari Nuraniza : 0138456472

Wallahualam.

Berjasa Kepada Masyarakat.

Monday, December 1, 2008

Bila Barat Jadi Ikutan,Maruah Mudah Digadaikan

Petikan ini diperoleh dari laman sesawang http://www.utusan.com.my

Skuad berani bogel hadir majlis MB

SHAH ALAM 1 Dis. - Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis) menubuhkan skuad berani bogel bagi meneruskan hasrat untuk mengadakan demonstrasi tanpa seurat benang setelah permohonan permitnya tidak dilayan polis.

Presidennya, Ramlan Abu Bakar berkata, anggota skuad itu nekad berbogel di khalayak ramai di majlis-majlis yang dihadiri Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menurutnya, ia akan dilakukan sekiranya tuntutan supaya kadar kenaikan sewa kediaman Program Perumahan Rakyat (PPR) dikaji semula, tidak dipenuhi kerajaan negeri.

Beliau berkata, pihaknya memberi tempoh sehingga 12 Disember ini untuk Abdul Khalid memberi jawapan dan jika tiada maklum balas, demonstrasi itu akan diteruskan.

"Reformis pada 13 November lalu memberi tempoh sebulan kepada Menteri Besar untuk nyatakan bentuk tindakan yang akan dilakukan bagi mengatasi masalah sewa PPR di Selangor.

"Kalau tiada sebarang jawapan daripada Menteri Besar sendiri pada 12 Disember ini, kita akan isytihar perang bogel terhadapnya mulai tarikh itu," katanya ketika ditemui pemberita di luar Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di sini hari ini.

Ramlan sebelum ini mengumumkan akan mengadakan demonstrasi bogel di depan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini sebagai bantahan kepada kerajaan negeri yang menaikkan sewa PPR daripada RM124 kepada RM250 sebulan.

Tindakan itu juga dibuat bagi melahirkan rasa tidak puas hati terhadap agenda perubahan kerajaan negeri yang tidak menguntungkan rakyat walaupun sudah 300 hari mentadbir.

Berikutan kenyataan itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Muhammed Khusrin Munawi memberi amaran akan bertindak tegas terhadap Reformis kerana perbuatan sedemikian bertentangan dengan ajaran Islam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar pula dalam kenyataan sebelum ini menegaskan, pihaknya tidak akan melayan sebarang permohonan permit daripada Reformis.

Ramlan sebelum itu membuat laporan polis di IPD Shah Alam berhubung dakwaan salah guna kuasa dan rasuah oleh Abdul Khalid semasa Kongres Nasional Tahunan kelima Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Stadium Malawati di sini dari 28 hingga 30 November lalu.

Beliau mendakwa, PKR menerusi pihak berkuasa tempatan (PBT) menggunakan peruntukan kerajaan negeri untuk mengadakan keramaian dan jamuan makan pada perhimpunan itu.

Jelasnya, laporan yang sama turut dibuat kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) Selangor.


Ulasan:

Perang bogellah pulak...-_-"
Macam-macam kerenah manusia sekarang.Kerana tuntutan mereka tidak dihiraukan,terus mahu berbogel dikhalayak ramai.Berdialoglah dengan cara yang baik.Tak perlu nak berbogel depan-depan orang.Buat malu diri sendiri.Janganlah membuat sejarah yang memalukan ini.Ini bukan budaya orang Islam mahupun orang Melayu.