Friday, July 31, 2009

Akhirnya..UTeM tutup jua

Gambar dari blog UTeM Bloggers

Selepas seminggu berita-berita mengenai pelajar UTeM dikuarantin di kampus induk,UTeM akhirnya tanggal 31 Julai 2009 UTeM ditutup secara rasminya bagi mencegah wabak H1N1 daripada menular.Saya kira pihak kerajaan memandang ringan terhadap pemularan wabak ini.
Seperti yang telah kita tahu,satakat ini terdapat 4 kes kematian disebabkan wabak H1N1.Kerajaan seperti tidak serius dalam menangani wabak ini dari terus menular di kalangan masyarakat.Pihak pentadbiran UTeM juga tidak terkecuali.Sudah hampir seminggu pelajar dikuarantin,baru naik notis berjaga-jaga terhadap wabak H1N1.

Sepatutnya dikuatkuasakan serta merta pemakaian penutup muka dan juga notis cuti seminggu terhadap semua universiti bagi mengelakkan dari jangkitan-jangkitan yang seterusnya.Saya kira,jika tidak diambil langkah yang sewajarnya pasti tahap jangkitan wabak H1N1 terus menular di kalangan pelajar IPT.

Moga Allah melindungi kita dari wabak ini.
Dengan nama Allah yang dengan nama-Nya tiada suatu pun, baik di bumi maupun di
langit dapat memberi bencana, dan Dia Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui.
Kiranya nyawaku diambil asbab wabak ini,ku redha ya Allah.Kerana dariMu ku datang,dan kepadaMu aku kembali.

Saturday, July 25, 2009

Ketukan itu

Ketukan demi ketukan menujah diriku ini.
Diri yang semakin hilang,semakin lalai.
Lalu ditegur oleh sang Pencipta.
Lumrah diriku.Penuh dengan dosa.
Wahai Yang Maha Lembut,berlembutlah dengan hambaMu.
Berlembutlah dengan umat Muhammad S.A.W
Betapa lemahnya diriku ini.
Penatnya diriku ini.
Betapa rindunya aku dengan rehat yang selama-lamanya.
Walaupun diri ini kurang perbekalan.
Tapi siapalah diriku ini.
Tiada apa-apa.

Luahan rasa ini.Dicoret pada pukul 1.41am,Ahad,26.7.09

Saturday, July 18, 2009

Lembaran baru Tahun 3 BMCT 09/10

Akhirnya,penulis berjaya melayari internet setelah ketinggalan zaman selama 2 minggu.Pelbagai mehnah dan tribulasi yang telah penulis tempuhi sepanjang semester yang baru ini.Inilah tarbiyyah yang telah Allah S.W.T berikan kepada penulis,moga penulis terus bersyukur dengan rahmat dan nikmat yang telah diberikan oleh Sang Pencipta yang Maha Agung.

Berita sedih yang telah diterima oleh penulis pada beberapa hari lepas iaitu pemergian Allahyarham Ustaz Awang Pon Bin Awang Sebon,pengasas ABIM negeri Sarawak.Penulis berasa sedikit terkilan dan kecewa terhadap diri sendiri kerana gagal menziarahi Allahyarham Ustaz.Moga roh Allahyarham dan dihimpunkan bersama roh-roh ulama',syuhada,solihin serta auliya'.Amin.

Moga Pembukaan semester baru yang berwarna-warni ini mengajar penulis agar terus matang dalam kehidupan.Dan kepada adik-adik program,abang ingin mengucapkan ribuan ampun dan maaf kiranya abang tidak sempat untuk membalas mesej adik-adik.

Moga Allah terus memberi kekuatan kepada hambaNya yang serba faqir ini untuk menempuh dunia yang arusnya semakin kuat melanda.

Tuhan lebih mengetahui atas segala sesuatu.

Friday, July 3, 2009

Cuti Sementara 1 minggu

Dek kerana langkah-langkah pencegahan dan kerajaan sendiri tidak serius dalam menangani selesema babi atau H1N1,demam tersebut semakin merebak dan dikhuatiri akan menjangkiti sekolah-sekolah yang telah dikesan.

Terbaru,menurut Utusan Malaysia Online,kes H1N1 ini telah meningkat sebanyak 291 kes.Walaupun kebanyakkannya adalah kes import yakni bawaan daripada pelancong asing namun langkah-langkah berjaga haruslah diutamakan bagi mengelak wabak ini dari terus menular dan menjangkiti masyarakat.Untuk rujukan,klik di sini.

Tutup Sekolah Seminggu

Sebagai cadangan,kerajaan Malaysia khususnya kementerian kesihatan menutup seluruh sekolah seperti yang telah dilakukan oleh kerajaan Jepun di Tokyo.Ini sekaligus menghalang penularan wabak ini juga dapat memberi ruang kepada ibubapa dan pelajar untuk membuat pemeriksaan kesihatan diri masing-masing.

Terima Kasih Kolejian!

Pada Jumaat yang lepas hingga Ahad(26-28.Jun.2009),telah berlangsung program Jom Cemerlang PMR di Kolej Datu Patinggi Abang Haji Abdillah,Petra Jaya,Kuching.Program ini melibatkan seramai 107 pelajar tingkatan 3 Kolej yang terdiri dari pelbagai latar belakang.Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat baik secara langsung mahupun secara tidak langsung.


Alhamdulillah,segala puji kepada Tuhan semesta alam kerana membenar program kali ini untuk berjalan dengan lancar.Syukur padaMu ya Allah.

Segala telatah,gelagat adik-adik serta para fasilitator tetap tersemat di dalam hati penulis.Pastinya,inilah pengalaman yang baru untuk penulis serta sahabat-sahabat PERKEPIS.

Kepada adik-adik,teruskan usaha anda dalam menuntut ilmu.Dalam menuntut ilmu memerlukan kecekalan,ketekunan, dan juga pengorbanan.Hargailah apa yang telah dikorban oleh ibubapa untuk adik-adik.Ingatlah pengorbanan mereka.

Kepada para fasilitator,ucapan terima kasih yang tidak terhingga untuk kalian semua.Tanpa anda,siapalah saya.Moga berjumpa lagi di lain hari.


Kepada kaunselor Cikgu Rohaya dan juga guru-guru yang terlibat dalam mengawasi anak-anak didik mereka,ucapan terima kasih tidak terhingga diucapkan untuk kalian.Kepada pihak pentadbiran sekolah khususnya pengetua Kolej D.P.A.H Abdillah,terima kasih kerana mengizinkan pihak kami untuk menganjurkan program motivasi ini di sekolah puan.


Kolejian!Yes!
Jom Cemerlang!PMR!

Tuhan lebih mengetahui atas segala sesuatu.