Wednesday, April 22, 2009

Proton Exora

Proton Exora

"Lawa la kereta ni"puji seorang pakcik,

"Haah,berapa harga kereta ni?"dia bertanya,

"Dalam RM70000-RM80000 kot"seorang lagi menyahut.

Beginilah situasi di Pasar Raya Mydin ketika para pengujung melihat dengan mata sendiri kenderaan MPV buatan Malaysia yang pertama-Exora.

Diberitakan oleh pihak Proton,Exora ini direka oleh rakyat Malaysia dan untuk rakyat Malaysia.Tidak dinafikan Exora mempunyai rekabentuk yang menarik.Secara matematiknya di mata penulis Exora mempunyai bentuk seperti;

Exora = Toyota Wish(bahagian tepi dan tayar)+Toyota Avanza(bahagian belakang)+Honda Stream(bahagian depan)

Seperti kata pensyarah penulis yang terlibat secara langsung selama 10 tahun di dalam industri;

"Memang akan berlaku tiru meniru di dalam industri.Hatta syarikat-syarikat gergasi pun akan meniru antara satu dengan yang lain.Contoh paling mudah-telefon bimbit"

Kami mengangguk tanda setuju.

Concept Car Proton Exora Prestige
Enjin

Secara peribadinya,penulis meminati kereta Proton ini dan inilah kali pertama penulis berasa kagum dengan rekabentuk Proton.Mungkin benar slogan Proton Exora "You'll be amazed".

Namun begitu masih ada pihak yang ragu-ragu dengan Exora iaitu penggunaan enjin berkapasiti 1.6 liter CamPro CPS untuk kenderaan MPV ini.Kerana kebanyakkan kenderaan MPV mempunyai enjin berkapasiti sekurang-kurangnya 1.8 liter.Sayangnya penulis tidak dapat menerangkan dengan lebih lanjut kerana penulis masih lagi "muda" dalam bidang kejuruteraan mekanikal.Boleh jadi enjin 1.6 liter CamPro CPS berupaya untuk beroperasi bagi kenderaan sebesar ini.

Bahagian Dalaman

Di bahagian dalam,disertakan panel LCD beserta dengan pemain cakera digital DVD.Untuk keselesaan penumpang,di bahagian belakang Exora disertakan sekali lohong penyaman udara.Disertakan juga kerusi mudah-alih di bahagian penumpang untuk memudahkan pengguna yang membawa lebih banyak barang .


Concept Car Proton Exora Prime
Menepati Piawaian Antarabangsa

Untuk memastikan Exora dapat dipasarkan di peringkat antarabangsa pelbagai ujian telah dijalankan ke atas model Exora.Disertakan dengan "air bag",rangka badan kereta yang menepati piawaian Eropah juga rangka hadapan yang dinamakan "Hydro Forming Sub-Frame Technology" supaya apabila berlanggar,beban impak dapat disebarkan ke seluruh bahagian rangka untuk mengurangkan risiko penumpang dan juga pemandu cedera.

Tahniah kepada Proton atas pelancaran MPV-nya,Exora.Moga industri automotif negara akan terus berkembang dengan pembangunan pesat seiring dengan pembangunan akhlak para jurutera-juruteranya.Kepada Allah kita akan kembali.

Tuhan lebih mengetahui atas segala sesuatu.

Sumber-sumber:
1)http://www.proton-edar.com.my/exora/
2)http://paultan.org/topics/proton-mpv-2009/


Monday, April 20, 2009

Cubaan Pertama-Ayam Masak Kurma

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وأصحابه ومن نصرهووالاه وبفضل من الله وحده سبحانه و تعالي

Insya-Allah pada entri kali ini penulis akan menulis dalam bahasa Sarawak.Kerinduan pada tanah air tercinta semakin menebal pabila saban hari semakin dekat dengan hari kembalinya ke pangkuan ibunda tercinta.Jadi,izikan penulis untuk menulis dalam bahasa Sarawak dan oleh kerana bahasa Sarawak tidak ditetapkan standardnya maaf kiranya ada dikalangan pembaca tidak dapat memahami beberapa perkataan.

Alhamdulillah,lekak abis jak "test" ari marek.Kamek ngan dak rakan-rakan serumah pegi rah Pusat Membeli Belah Mydin rah Ayer Keroh yang arum bulaknya sik jaoh dari kampus indutri UTeM.Tapi entri kamek kali tok bukan cerita hal Mydin,tapi percubaan pertama kamek bemasak!

tok gamba Pusat Membeli Belah Mydin

Lekak lelah nyiang manok,nutok bawang tok lah hasil masakan kamek(kurang masin jak..hihihi).Yalah kali pertama kamek polah "hands-on" ngan manok.Lamak-lamak tok melapah dagin lembu jak.Nang susah nyiang manok,banding ngan lembu.Sigeknya manok banyak gilak lemak ngan fizikal manok ya kecik gilak.Tapi sik menjadi masalah,insyaAllah balit tok kamek akan menuntut ilmu bemasak ngan ibunda tercinta,Dayang Saerah Bt. Abg. Haris.



Tok lah hasilnya.Nyaman sik nyaman ya belakang punya cerita..hihihi


Chef As-Samarahani tengah bermasak..hihihi


nendak perut makin besar..hahaha


Alhamdulillah,dapat juak makan.Saudara se-Islam kita dapat ndak ka cerik makanan yang mewah kedak tok.

Alhamdulillah selesai dah hidangan utama untuk malam tok.InsyaAllah masa-masa akan datang akan diengkah juak gambar kamek bemasak di masa-masa akan datang.

Wahai Tuhanku,berkatilah apa yang telah Engkau berikan kepada kami dan jauhkanlah kami dari azab api neraka.

Tuhan lebih mengetahui atas segala sesuatu.

وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وبارك وسلم أجمعين، والحمد لله رب العالمين

JADUAL KUNJUNGAN HABIB UMAR BIN MUHAMMAD BIN SALIM BIN HAFIDZ (HAFIDZULLAH) KE MALAYSIA



JILSAH ; MASJID AL-FALAH USJ 9, SUBANG JAYA

16 JAMADILAWWAL 1430H / 11 MEI 2009 [ISNIN]

JAM 1800-2200 PM


JILSAH ; MASJID SELAT, PULAU MELAKA. MELAKA

17 JAMADILAWWAL 1430H / 12 MEI 2009 [SELASA]

JAM 1800-2200 PM

HUBUNGI Saudara IKHRAM HUSIN (019-373 1744)


JILSAH ; MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN, JALAN DUTA KUALA LUMPUR

18 JAMADILAWWAL 1430H / 13 MEI 2009 [RABU]

JAM 1800-2200 PM


…JEMPUTAN BUAT SELURUH MUSLIMIN DAN MUSLIMAT-MOHON SEBARAN…


http://almukminun.blogspot.com/2009/04/jadual-kunjungan-habib-umar-bin.html

Thursday, April 9, 2009

"Perang",PM Baru,Menteri Baru

Pastinya minggu ini sangat padat dengan isu-isu nasional,tidak terlepas isu-isu kampus iaitu perang utama mahasiswa-mahasiswa se-Malaysia-Final Exam.
Perang yang paling getir untuk mahasiswa.Yang pastinya menggetarkan hati-hati mahasiswa.Markah Bawaan-"Carry Mark" yang rendah pastinya meresahkan jiwa-jiwa yang lemah semangat.Lantas mengambil keputusan untuk menggugurkan subjek tersebut sebagai langkah menjaga "pointer".


UMNO,Najib,Melaka

Belum hilang pening dengan Final Exam,datang lagi peristiwa yang belum lagi reda dan suam-suam kuku.Pelantikan YB Dato' Seri Najib sebagai Presiden UMNO sekaligus sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baru.

Cakap-cakap politik di Melaka juga panas seketika,iaitu larangan terhadap Ketua Menteri Melaka,YB Dato' Seri Ali Rustam untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO.Pokok tidak akan bergoyang kalau tiada angin yang meniupnya.
Kabinet Baru PM Ke-6

Dan yang paling baru,menteri kabinet PM ke-6.Berikut adalah senarai menteri kabinet(sumber di sini):

PERDANA MENTERI : Datuk Seri Najib Tun Razak

TIMBALAN PERDANA MENTERI: Tan Sri Muhyiddin Yassin

JABATAN PERDANA MENTERI:

Menteri:

1. Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Hal Ehwal Perpaduan & Pengurusan Prestasi)

2. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen)

3. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Unit Perancang Ekonomi)

4. Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom (Hal Ehwal Agama Islam)

Timbalan Menteri:

1. Datuk Liew Vui Keong

2. Datuk Dr. Mashitah Ibrahim

3. Datuk S.K. Devamany

4. Ahmad Maslan

5. T. Murugiah

KEMENTERIAN KEWANGAN:

Menteri: Datuk Seri Najib Tun Razak

Menteri II: Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Timbalan Menteri:

1. Datuk Chor Chee Heung

2. Datuk Dr. Awang Adek Hussin

KEMENTERIAN PELAJARAN:

Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin

Timbalan Menteri:

1. Datuk Dr Wee Ka Siong

2. Dr. Mohd Puad Zarkashi

KEMENTERIAN PENGANGKUTAN:

Menteri: Datuk Ong Tee Keat

Timbalan Menteri:

1. Datuk Abdul Rahim Bakri

2. Datuk Robert Lau Hoi Chew

KEMENTERIAN PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI:

Menteri: Tan Sri Bernard Dompok

Timbalan Menteri: Datuk Hamzah Zainudin

KEMENTERIAN DALAM NEGERI:

Menteri: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Timbalan Menteri:

1. Datuk Wira Abu Seman Yusop

2. Jelaing anak Mersat

KEMENTERIAN PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN:

Menteri: Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim

Timbalan Menteri:

1. Datuk Joseph Salang Gandum

2. Senator Heng Seai Kie

KEMENTERIAN TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:

Menteri: Datuk Peter Chin Fah Kui

Timbalan Menteri: Noriah Kasnon

KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:

Menteri: Datuk Seri Shafie Apdal

Timbalan Menteri:

1. Datuk Hassan Malek

2. Datuk Joseph Entulu anak Belaun

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI:

Menteri: Datuk Seri Mohd Khaled Nordin

Timbalan Menteri:

1. Datuk Dr. Hou Kok Chung

2. Datuk Saifuddin Abdullah

KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:

Menteri: Datuk Mustapa Mohamed

Timbalan Menteri:

1. Datuk Mukhriz Mahathir

2. Datuk Jacob Dungau Sagan

KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI:

Menteri: Datuk Dr. Maximus Ongkili

Timbalan Menteri: Fadillah Yusof

KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:

Menteri: Datuk Douglas Uggah Embas

Timbalan Menteri: Tan Sri Joseph Kurup

KEMENTERIAN PELANCONGAN:

Menteri: Datuk Ng Yen Yen

Timbalan Menteri: Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:

Menteri: Datuk Noh Omar

Timbalan Menteri:

1. Datuk Johari Baharum

2. Datuk Rohani Abdul Karim

KEMENTERIAN PERTAHANAN:

Menteri: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Timbalan Menteri: Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad

KEMENTERIAN KERJA RAYA:

Menteri: Datuk Shaziman Abu Mansor

Timbalan Menteri: Datuk Yong Khoon Seng

KEMENTERIAN KESIHATAN:

Menteri: Datuk Liow Tiong Lai

Timbalan Menteri: Datuk Rosnah Rashid Shirlin

KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN:

Menteri: Datuk Ahmad Shabery Cheek

Timbalan Menteri:

1. Datuk Razali Ibrahim

2. Wee Jeck Seng

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA:

Menteri: Datuk Dr S.Subramaniam

Timbalan: Datuk Maznah Mazlan

KEMENTEIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA:

Menteri: Datuk Ismail Sabri Yaakob

Timbalan Menteri: Datuk Tan Lian Hoe

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:

Menteri: Datuk Kong Cho Ha

Timbalan Menteri: Datuk Lajim Ukin

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:

Menteri: Datuk Seri Sharizat Jalil

Timbalan Menteri: Datin Paduka Chew Mei Fun

KEMENTERIAN LUAR:

Menteri: Datuk Anifah Aman

Timbalan Menteri:

1. A. Kohilan Pillay

2. Datuk Lee Chee Leong

KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN:

Menteri: Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

Timbalan Menteri: Datuk M. Saravanan

Ah,terlupa penulis sedang memasak.
Wallahualam