Monday, February 14, 2011

Maulidur Rasul


Selamat menyambut hari Keputeraan Baginda Muhammad Shollallahu 'alaih Wa Sallam. Perbanyakkan selawat, sambutlah hari ini dengan penuh kegembiraan. Jika di kawasan anda ada sambutan maulid, hadirlah. Hayatilah bait-bait qasidah, bacaan rawi maulid tersebut. Baginda Shollallahu 'alaihi Wa Sallam adalah sebaik-baik ciptaan, sebaik-baik makhluk.

Jika kita tidak mampu, maka bersama-samalah menyanyikan lagu yang mempunyai selawat di dalamnya. Tidak kira lah lagu Maher Zain, Raihan, Hijjaz, Rabbani. Sama-sama kita penuhi hari ini dengan kegembiraan. Shollu 'ala Nabiy Muhammad!

Friday, February 11, 2011

Mubarak Tinggalkan Mesir

Tarikh keramat buat rakyat Mesir, sejarah telah terukir. 11 Februari 2011 (11022011) setelah 30 tahun merintah Mesir akhirnya Hosni Mubarak meletak jawatan presiden Mesir. Buat masa ini Mesir akan diletakkan dibawah pemerintahan tentera. Apa yang akan berlaku selepas ini, kita tunggu & lihat. Dalam keadaan ini, saya bersetuju dengan pandangan Dr. Faisal Tehrani. Mesir mungkin akan aman, jika Islamist seperti Ikhwanul Muslimin memegang tampuk pemerintahan.

Setelah 18 hari rakyat Mesir membantah, Hosni Mubarak melepaskan kuasanya. Kenapa beliau perlu 18 hari untuk melarikan diri?


Teori saya, Hosni Mubarak mengambil masa untuk membawa keluar apa yang dia rasa perlu di bawa keluar dari Mesir. Hosni Mubarak bukanlah lurus bendul seperti pak pandir,malah ada para penganalisis mengatakan Hosni Mubarak seperti ular.

Saya tidak skeptik dengan perjuangan rakyat Mesir tapi USA & Israel semestinya akan mengatur buah catur mereka di kawasan Timur Tengah lebih-lebih lagi Mesir adalah negara yang bersebelahan dengan Palestine yang juga Gaza. Mungkinkah Mesir menjadi seperti Thailand mahupun Pakistan suatu masa dulu?

Kita sama-sama doa yang terbaik untuk sahabat-sahabat kita di Mesir, mendoakan Mesir sebuah negara yang lebih baik, juga tahniah atas revolusi yang sahabat-sahabat kita. Sejarah baru telah terukir di Mesir. Moga perjuangan mereka berbaloi hendaknya.

Wednesday, February 9, 2011

Malam Penghargaan Rasulullah S.A.W 1432 H


InsyaAllah pada 19 Februari 2011, hari Sabtu kelak akan diadakan Malam Penghargaan Rasulullah S.A.W di tempat yang sama seperti tahun sebelumnya di Godown Amphitheatre, Tebingan Kuching. InsyaAllah program ini akan diisi dengan dendangan nasyid dari kumpulan nasyid jemputan, juga qasidah-qasidah dari kalam para ulama sebelum ini. Sama-sama kita meriahkan sambutan ini.


Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atas Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.
al-Ahzaab, 33: 56