Wednesday, February 25, 2009

Ekspidi Gunung Angsi:Satu Kepuasan Peribadi II

Alhamdulillah,syukur ke hadrat Allah 'azza wa Jall kerana diberi kekuatan untuk penulis pada malam ini untuk menyambung entri yang sekian lama membisu,Ekspidisi Gunung Angsi.

Setelah selesai turun,kami solat Asar berjemaah.Penulis,saudara Hisyam dan saudara Syazwan kemudiannya mencari "kesejukkan" di sungai tetapi Hisyam dan Syazwan mendahului penulis.

"Ishh.Sejok na aek sunge tok ehh"(Ishh.Sejuknya air sungai ni)

"Yalah,kali ntam ujan tadik kali"(Yalah,mungkin sebab hujan tadi kot)

Subhanallah.Sejuknya air sungai Hutan Ulu Bendul tidak terkira.Berendamnya kami bertiga di sungai tersebut gara-gara gagal melepaskan geram dengan jeram yang terletak kira-kira 30 minit perjalanan dari tapak perkhemahan kami.


Sesi malamnya diisi dengan "sharing moment" diantara ahli ekspidisi.Dari satu topik ke topik yang lain dibincang.Dari isu Gaza,Obama,hinggalah ke isu tanah air tercinta,Sarawak.Pastinya,tanah Sarawak menagih kedatangan Islam.Siapa lagi kalau bukan kita yang membawanya?

Paginya setelah selesai solat Subuh,kami mengemas tapak perkhemahan kami.Pada tengah harinya,penulis bergerak secara solo berangkat pulang ke Melaka.Berat rasanya meninggalkan sahabat-sahabat seperjuangan.

Dengan berbekalkan doa dan pengalaman,penulis menggagahkan diri meneroka lebuhraya.Pastinya dengan badan yang letih dan mata yang layu,memberi tekanan kepada penulis untuk meneruskan perjalanan.Alhamdulillah,akhirnya penulis selamat sampai ke asrama kira-kira pukul 2.30 petang walaupun penulis hampir-hampir mengalami kemalangan.

Banyak pengajaran yang penulis dapat dari ekspidisi ini.Seperti peringatan yang selalu disebut oleh Bang Azrul.

"Kita tok dekik gunong bukan semata-mata dekik gunong.Tapi kita belajar dari alam sekeliling kita.Tanggalah dan pelajarilah dari ciptaan Allah tok"(Kita naik gunung ni bukan semata-mata naik gunung.Tetapi kita belajar dari alam sekeliling kita.Lihat dan pelajarilah dari ciptaan Allah ini)

Wallahualam

Monday, February 23, 2009

Tension?Tensi?Tegang?

Sejak minggu lepas,saya mengalami sakit-sakit kepala dan tegang di bahagian tengkuk.Ada rakan yang mengatakan saya mengalami tekanan darah tinggi kerana tekanan kerja.Ada yang mengatakan saya mengalami "depression".Ada diantara rakan yang memberi tips-tips untuk mengurangkan rasa pening ini.Terima kasih semua.Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik sahabat-sahabat semua.

Apa pun sebab musabab "penyakit" yang saya alami ini,pasti ada hikmahnya.

Dengan lambakan "assignment",laporan,kerja-kerja kursus yang perlu disiapkan insyaAllah dalam masa terdekat blog ini akan dikemaskinikan.Ini mengingatkan saya tentang peringatan yang selalu kita baca setiap hari.

Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.(Surah Al-Insyirah,5-6)

Bersabarlah wahai hati.Kerana janji Allah itu tetap benar.

Itulah yan patut ada pada seorang Muslim.Dia ada.Dia Maha Pendengar.Dia sedang mendengar rintihan juga keluhan kita.Namun,dimanakah Dia dihati kita?

Pastinya teguran ini ditujukan khas kepada diri yang serba faqir ini.

Wallahualam.

Friday, February 13, 2009

Situasi di Perak II

"Ish,jahat betullah"

"Tak sangka aku jadi macam ni"

Pastinya,masyarakat di Malaysia umumnya mengetahui apa yang berlaku di Perak baru-baru ini termasuklah dua pilihanraya kecil yang bakal berlangsung pada 2 April ini yakni satu berlaku di Perak dan satu lagi di Kedah.Umumnya,remaja baik di peringkat sekolah mahupun di peringkat universiti sudah muak dengan politik di Malaysia.Rata-ratanya melihat politik di Malaysia sangat "kotor" dan budaya politik "kotor" ini juga menyelinap masuk ke dalam politik kampus.

Definisi Politik

Sebeleum kita menyelam dengan lebih dalam mengenai politik,adakah kita tahu apakah itu politik?Politik,berdasarkan Ensiklopedia Wikipedia adalah proses dan cara untuk membuat sesuatu keputusan.Pastinya politik itu tidak terhad di Dewan Rakyat,Dewan Undangan Negeri tetapi terdapat dimana-mana.Ya,pastinya takrif politik saya boleh ditidak mahupun dipertikaikan tetapi kita dapat lihat dari kaca mata kita sendiri.Politik terdapat dimana-mana sahaja!Baik di rumah mahupun di restoran.

Politik itu Kotor?

Itulah yang sering digambarkan oleh masyarakat kita sekarang.Politik kotor,orang yang menyertai politik itu pengotor.Tidak dinafikan itulah yang terpacul dimulut saya apabila munculnya topik berkenaan dengan politik.Ingin saya ingatkan bahawa jangan salahkan politik,kerana sebagai seorang muslim politik itu tidak kotor.Apa yang mengotorkan politik itu adalah tindakan pemain-pemain politik itu sendiri.

Sifir mudah,apabila kita melihat seorang pemain bola sepak.Pemain tersebut membuat terjahan keras terhadap pihak lawannya.Adakah kita akan menyalahkan permainan bola sepak itu kotor?Pastinya pemain itu yang akan disalahkan dan pemain itulah yang bermain dengan kasar dan kotor.

Tanggungjawab kita?



Itulah situasi di Malaysia.Politik di Malaysia kotor apabila pemain-pemain politik itu membuat tinkah-laku kotor di mata masyarakat.Mahu tidak mahu,apabila menyertai politik di Malaysia terpaksalah kita mengotorkan tangan kita untuk memegang tampuk pemerintahan.Jadi,apakah tindakan dan tanggungjawab kita sebagai seorang rakyat?Adakah kita akan tinggalkan politik semata-mata kekotoran politik itu ataupun kita berusaha untuk membersihkannya?Teringat saya kata-kata Ustaz Hasfa mengenai usaha iaitu ketika Nabi Ibrahim A.S dibakar didalam api yang besar dan panas.Seekor burung pipit berusaha untuk memadamkan api yang membakar baginda.Lalu Ustaz Hasfa bertanya dengan kami,

"Kitak orang rasalah nak,padam sik api ya bila burung pipit ya cuba padam api ya.Besar ne jak burung pipit ya.Ngambik aek pun sikit.Apa kitak orang rasa?"(Kamu rasalah kan,dapat tak burung pipit tu padamkan api tu.Tahulah kan besar mana burung pipit tu.Nak ambil air pun sikit.Kamu rasa dapat tak?)

Dengan yakinnya saya menjawab,"Susah eh Bang Hasfa,sik padam api ya"(Mesti susah Bang Hasfa.Tak padamlah api tu)

Dengan tersenyum Ustaz Hasfa menjawab,"Ne kitak tauk?"(Macam mana awak tahu?)

"Besar ne jak burung pipit ya,ngembak aek pun sikit.Sik sampe rah api pun aek ya kompom padam",(Besar manalah burung pipit tu,nak bawak air pun sikit.Tak sampai pun air tu kat api tu)hujah saya.

Jawab Ustaz Hasfa,"Kedak ya juaklah apa dipadah oleh dak burung helang rah tepinya.Netak si burung pipit ngan memperkecilkan usahanya mok madam api ya"(Macam tu lah apa yang dikata oleh burung helang di sekeliling burung pipit tu.Mereka mentertawakan usaha si burung pipit nak memadam api)

"Mok tauk apa burung pipit ya madah?Aku molah tok sekurang-kurangnya adalah usaha aku mok menyelamat Nabi Allah Ibrahim A.S.Jadi,bila di akhirat kelak bila aku ditanyak ada sik usaha aku cuba menyelamat Nabi Allah Ibrahim A.S ada juak benda dapat dijawabku kelak",(Nak tahu apa jawab si burung pipit?Aku buat ni sekurang-kurangnya ada juga usaha aku nak menyelamat Nabi Allah Ibrahim A.S.Jadi di akhirat kelak,ada juga hujah aku ketika ditanya)tambah Ustaz Hasfa.

Saya terkesima mendengar kata-kata itu.(Dialog diatas telah diubahsuai sedikit untuk memudahkan pemahaman semua)

Ya,itulah yang sering kita lontarkan.Itu salah.Ini salah.Tetapi,apa yang kita lakukan untuk mengubah senario itu untuk menjadi lebih baik?

Adakah kita tetap duduk disitu dan menunggu semuanya menjadi baik?Ataupun kita menghulurkan tangan untuk mengubah senario politik di negara kita?

Ya,apalah daya seorang mahasiswa mahupun rakyat biasa untuk mengubah budaya politik kotor ini.Tetapi ingatlah ketika di hari pembangkitan dan perhitungan,jangan lupa kita semestinya akan ditanya apa yang kita lakukan untuk mengubah situasi ini.

Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah pun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya.Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar zarah pun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya pula.(7-8,Surah Al-Zalzalah)

Maafkan penulis kiranya terkasar bahasa dan terdapat banyak kesilapan didalam entri kali ini.Harap ditegur.

Wallahualam.

Tuesday, February 10, 2009

Situasi di Perak

Semestinya keadaan di Perak sedikit sebanyak mempengaruhi keadaan penulis di Bumi Bersejarah.Walaupun penulis bukanlah berasal dari Perak tetapi ingin dikongsi sedikit pendapat penulis mengenai kejadian di Perak yang masih lagi panas,jadi izinkan penulis untuk mencoret sedikit rasa dan pendapat kerana tiada yang lebih mengetahui situasi di Perak melain orang Perak itu sendiri.Maaf kiranya penulis penulis mempunyai banyak kesalahan dan mohon seribu kemaafan.

Semestinya,situasi yang berlaku sekarang telah memalit arang kepada institusi Istana Perak.Kerana umum mengetahui bahawa Istana Perak mempunyai "isi rumah" yang menarik dan pelbagai warna yang indah belaka.Semestinya,Istana Perak dikagumi bukan sahaja oleh rakyat Perak tetapi seluruh warga Malaysia umumnya.

Tetapi peristiwa yang berlaku pada minggu lepas betul-betul mengejutkan penulis.Ya,memang benar tiada siapa pun akan terlepas dari membuat kesilapan dan penulis sendiri tahu kekurangan yang ada pada penulis.

Pada mulanya,penulis berpendapat biarlah Ir. Nizar merelakan sahaja "kerusi"nya itu dilepaskan kepada "perampas kuasa".Kerana tidak kemana pun jika asyik bertelagah untuk isu ini.Tetapi,setelah meneliti "lidah" anak jati Perak di www.saifulislam.com,barulah penulis mengetahui kenapa Ir. Nizar bertindak sedemikian.Pastinya sukar bagi Ir. Nizar untuk mempertahankan jawatannya,dan jika penulis berada di situasi beliau pastinya penulis terus mengambil langkah untuk "angkat kaki".

Raja adil Raja disembah.
Raja zalim Raja disanggah.

Namun,kesemua yang ada diatas muka bumi ini tetap dan selamanya milik yang Maha Kuasa.Dialah pentadbir sekelian alam.Allahuakbar!

Wallahualam

Saturday, January 31, 2009

Ekspidi Gunung Angsi:Satu Kepuasan Peribadi

"Tok la 'first time' aku embak moto keluar dari Melaka sorang-sorang.Cuak juak rasa aku tok."
(Inilah kali pertama aku bawa motorsikal seorang-seorang keluar dari Melaka.Takut juga)

"Sikpa.Bulatkan hati.Tawakkal jak."
(Tak apa.Bulatkan hati.Tawakkal)

"Maha Suci Tuhan yang mengawal(kenderaan) ini semuanya untuk kami.Dan tiadalah kami berkuasa mempergunakannya tanpa kurnia dari Engkau.Dan sesungguhnya kepada Engkau kami kembali.Dengan namaMu Tuhan yang dengan namaNya tidak ada mudharat sedikit pun baik di bumi dan di langit,dan Ia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."

Walaupun hampir seminggu berlalu,tetapi kenangan ekspidisi Gunung Angsi di Hutan Lipur Ulu Bendul, Negeri Sembilan tetap bermain difikiran penulis.

Hutan Lipur Ulu Bendul terletak tidak jauh dari Kuala Pilah,betul-betul terletak di antara Senawang dan juga Kuala Pilah.Inilah kali pertama penulis menunggang motosikal secara solo dari Melaka ke Negeri Sembilan.Gementar juga apabila memasuki Plaza Tol Senawang kerana khuatir sesat.Namun,dibulatkan hati menyerah sepenuhnya pada Yang Esa agar mempermudahkan perjalanan penulis dan syukur kepada-Nya,penulis selamat sampai ke destinasi.

Sesampainya penulis di destinasi,delegasi dari Seremban belum tiba, dan Allah menemukan penulis dengan rakan se'tutorial'nya di kedai,Sazali.

Tidak lama,rombongan PERKEPISMA selamat tiba di perhentian bas.Betapa leganya rasa hati penulis pabila melihat sahabat-sahabat yang dirindui selamat sampai ke destinasi.Walaupun tidak semua yang dapat pergi kerana masing-masing mempunyai komitmennya yang sendiri,namun penulis tetap gembira dengan kehadiran itu.

Ah,sebelum terlupa.Inilah kali pertama penulis menyertai ekspidisi seperti ini.
Keesokkan harinya,bermulalah ekspidisi menawan puncak Gunung Angsi.Gunung Angsi berketinggian 825m dari paras laut.Tidak dinafikan bahawa ketidakkerapan penulis bersukan dan juga 'bad habit' penulis menyebabkan penulis 'sempe' pabila mendaki gunung ini.

Ketika mendaki gunung,penulis mengimbau kenangan semasa di Kem Raudhah,Gombak iaitu semasa ekplorasi ke air terjun yang dibimbing oleh Abg. Khairul.Berbekalkan semangat itulah penulis meneruskan perjalanan untuk menawan puncak Gunung Angsi.Walaupun Azam dan Hisyam dengan cekap dan pantasnya berada dihadapan,namun mereka tetap memberi semangat dan peransang untuk terus mara ke hadapan.Terima kasih sahabatku.Agik idup agik ngelaban!

Setibanya di puncak gunung,hilang rasa penat dan lelah.Ketibaan kami dipuncak gunung disambut oleh gumpalan awan.Sejuk.Hadiah bonus dari Yang Maha Pencipta untuk memberi ransangan kepada hamba-hambanya.Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?

Beginilah kejayaan.Semakin kita menghampirinya semakin rasanya meninggalkan kita dan semakin sukar untuk mencapainya.Ya,inilah rasanya kejayaan dan inilah yang akan penulis gunakan untuk menaikkan lagi semangat penulis untuk menaikkan keputusan penulis di akhir semester ini.

Setelah solat Zohor dan berehat sebentar,kami meneruskan perjalanan menuruni gunung.

"Berasa lutut aku ehh."
(Aduh,sakitnya lutuu aku)

Itulah ungkapan yang sering keluar dari mulut penulis.Namun,syukur padaNya semua kembali dengan selamat.

bersambung....

Tuesday, January 13, 2009

Banjir di Kuching

Ah,tidak penulis sangka banjir di Kuching beberapa hari yang lalu kian teruk.Namun,penulis sempat bertanya dengan Ustaz Suhardi mengenai banjir di Kuching.Alhamdulillah,air bah dari sungai Sarawak kian surut.Disini saya sertakan gambar yang dipetik dari blog PERKEPIS untuk tatapan sahabat-sahabat semua.

Thursday, January 8, 2009

Langkah Pertama

Dipetik dari Yahoo!Malaysia.Untuk membaca lebih lanjut sila klik

Malaysian Muslims plan boycott of American goods

Tuesday, January 6, 2009

Mengapa Jadi Begini?

Orang gerakan Islam di Malaysia mabuk dengan pilihanraya.
Mana suaramu untuk Palestin wahai gerakan Islam yang ingin mendaulatkan agamamu di tanahmu ini?
Mana sifat rendah dirimu dahulu?Kini mukamu penuh dengan rasa bangga dan riak?
Mana baju Melayu yang kau pakai dulu?Apakah lebih selesa dengan memakai kot?
Mana kereta Kancilmu dahulu?Sekarang ingin bertukar kepada kereta mahal pula?
Mana launganmu untuk menjaga rakyat?Yang kini sibuk dipadang golf?
Mana launganmu untuk Palestin?Dimana?
Mana launganmu untuk Islam?Dimana?
Dulu,aku menghormatimu.Ya.Tidakku sangkal hingga kini aku menghormatimu.Tetapi tidak semua.Ya.Tidak semua.