Monday, March 9, 2009

Hapus PPSMI!

"Allah,pedihnya"

"Cakap perhimpunan aman,last-last dia tembak jugak gas pemedih mata.Penipu punya polis"

"Dada terasa sesak,badan terasa panas,mata tak dapat nak bukak"

"Ini lebih dahsyat dari Perhimpunan BERSIH!"


Sabtu lalu telah tercatat didalam sejarah moden negara Malaysia dimana pejuang-penjuang bahasa rasmi negara Malaysia dan juga tetamu Istana Negara dijamu dengan gas pemedih mata dan juga "water cannon".


"Tahniah" diucapkan kepada polis dan juga kerajaan BN kerana sanggup melihat anak-anak kecil dan warga tua kesakitan.Tidak lama lagi dalam 3 tahun akan datang saya ingin mengucapkan selamat tinggal kerajaan BN.Semoga bersemadi dengan aman.

Walaupun saya tidak sempat untuk mengikuti Perhimpunan 100,000 Rakyat Menentang PPSMI,tetapi ramai dikalangan sahabat saya menyertainya.Ya,panas hati mendengar luahan dan cerita mereka.


Perhimpunan yang "aman" bak kata polis ini dicemari dengan provokasi polis yang sengaja mencari sebab untuk menindas rakyat.Dek kerana termakan janji polis,rakyat turun untuk menyatakan sokongan mereka untuk memansuhkan PPSMI.Malah,ada 2 buah bas dari kampung Orang Asli turut turun memberi sokongan tetapi polis bertindak menyekat mereka.Menyekat rakyat untuk berhimpun bermakna menyekat suara rakyat.

Kerajaan Yang "Pandai Sangat"

"Ini bukan budaya kita"kata seorang pemimpin kerajaan.


"Perhimpunan ini didalangi parti pembangkang"kata seorang lagi.

Bodoh.Rakyat lebih bijak menilai dari pemimpin-pemimpin parti politik yang menganggap diri mereka serba tahu ini.Jika rakyat terus menerus disekat suara mereka,inilah yang saya katakan demokrasi ala-zalim BN.

Isu PPSMI ini sudah lama dilaung oleh PKPIM mahupun sasterawan negara dan badan NGO yang lain.Kerana dek tidak didengar suara rakyat,barulah 6 tahun selepas pelaksanaannya rakyat menyatakan rasa tidak puas hati yang selama ini 6 tahun dipendam.Salah kerajaan BN sendiri yang terus melaksanakan dasar "Kami sahaja yang betul,orang lain semuanya salah".

Rumah Allah Dinodai

"Paling saya tak puas hati,polis sanggup lempar gas pemedih mata ke dalam masjid"

"Masya-Allah,biar betul"

"Betul,ramai dalam masjid yang kena gas pemedih mata"

Itulah yang berlaku dan tidak langsung dilapor didalam media arus perdana dan semestinya media arus perdana terus menerus menikam pembangkang yang dikatakan dalang dibelakang perhimpunan gergasi ini.

Saya pasti jika masjid pun polis sanggup bertindak demikian,semestinya dimasa akan datang tidak mustahil untuk polis memancut water cannon ke dalam masjid.

Mungkin ada dikalangan polis yang terpaksa melakukan kerja-kerja ini kerana terpaksa akur dengan arahan ketua mereka yang tidak berperikemanusiaan.

Rakyat Lebih Tahu Apa Yang Rakyat Mahu


Saya terharu dengan penglibatan warga-warga emas yang sanggup menggagahkan diri untuk hadir di perhimpunan ini.Malah ada yang membawa anak-anak sebagai menyatakan rasa protes mereka terhadap kerajaan dalam isu PPSMI ini.

Sampai bila pemimpin kerajaan di Putrajaya ingin memekakkan telinga,membutakan mata,menutup mulut dalam isu ini?
Selesaikan isu PPSMI ini dengan segera-arah Pak Lah.Ya,kerana Pak Lah khuatir kerajaan BN akan tersungkur menyembah bumi gara-gara tindakan UMNO yang tidak mempertahankan bahasa ibunda mereka sendiri.

Malah yang mengejutkan dan mengharukan saya ada dikalangan masyarakat Cina juga menyertai perhimpunan ini.


Juga laporan dari sahabat saya ketika Kongres Islam Sarawak,rata-rata peserta kongres menolak PPSMI ini.

Wahai pemimpin yang sedang duduk di kerusi empuk,lihatlah.Rakyat sudah bersuara.Rakyat sudah bertindak.Mansuhkan saja PPSMI!

Tuhan lebih mengetahui atas segala sesuatu.

Lagi berita mengenai PPSMI yang boleh diterima pakai:
http://universitipts.com/
http://ashraflatif.wordpress.com/
http://mujahidnusantara85.blogspot.com/
http://minaq-jinggo.fotopages.com/?entry=1816122
http://www.tranungkite.net/v8/

p/s :Mungkin entri kali ini kelihatan emosional,tetapi itulah hakikatnya.Maafkan penulis di atas segala kesalahan,salah tutur bicara.

2 comments:

Shamsiah Mahli said...

Ulasan yg sangat menarik mengenai isu PPSMI.Sayangnya apa yg kita usahakan dalam memansuhkan PPSMI dilihat sebagai satu ancaman bg kerajaan yg memerintah.Pelbagai alasan dikemukakan.Sungguh, dalam masa 10 tahun lagi, lihatlah kehancuran jati diri rakyat malaysia akibat keputusan yg dilakukan pada hari ini.
Tahniah! teruskan menulis! sik banyak urg sarawak minat menulis!!

puterinurzahra said...

salam...
mena kata kak sham ya..
urang kita x rame...
jd kita la yg nk merame kn urg srawak tok pejuangkan bangsa kita...

rame kwn2 kmk dh nerimak ppsmi tok..
xtauk juak apa di pk cdak ya