Sunday, March 22, 2009
Benarkah?
Ketika sedang asyik menelaah buku rujukan "Numerical Method" atau "Kaedah Berangka",saya melawat blog Ust. Hasrizal mengenai Kasih Ayah Membawa Ke Neraka.
Saya baca,teliti dan fahami.Mungkin ada benarnya kisah didalam artikel ini.Ini saya kaitkan dengan kisah hidup saya sendiri dimana saya sangat memanjakan apa-apa yang saya suka,sayang.
Contoh utama,kucing saya dirumah.Amy nama yang telah diberi kepada makhluk Allah yang serba comel ini.
Ibu saya sendiri yang memberikan nama tersebut.Masa Amy masih kecil ibu saya yang menjaga dan "mendidik"nya.Namun,ibu juga yang sering meletakkan Amy didalam kandang.Biarlah Amy buang air kecil dan besarnya di tempat itu,tidur,cuma tempat makan di dapur.
Artikel saya mengingatkan saya peristiwa di satu malam.Ibu meletakkan Amy di dalam kandangnya pada pukul 10.00 malam.Ya,saya ingat dengan jelas.Amy menjerit minta dilepaskan.Hati saya sayu mendengar "rayuan" Amy.Lantas saya turun ke bawah dan melawat Amy.Sayu saya melihat keadaan Amy,lalu saya bukakan kandangnya.
"Jojie,nakpa dipolah kau ya?"(Jojie,engkau buat apa tu?)
"Kesian mek nangga Amy mak.Mala jak mok keluar"(Kesian saya dengan Amy bu.Dari tadi menjerit nak keluar)
"Aie,nak ka pateh nya kelak.Dah dah,engkah nya balit dalam kandang ya"leter ibu.(Ai,nanti dia manja kang.Dah dah,letak balik dalam kandang dia)
Dengan berat hati saya meletakkan balik Amy di dalam kandangnya.
Namun,hasilnya sekarang Amy makhluk Allah yang tidak dikurniakan akal seperti manusia berupaya untuk mencari tempatnya sendiri di dalam rumah untuk membuang air.Itulah hasil tarbiyyah ibu yang dari sudut pandangan saya sangat kejam.Tetapi hasilnya sangat-sangat memuaskan.
Jika saya manjakan kucing saya pada masa itu,mungkin sampai sekarang Amy tidak pandai untuk mencari tempat untuk membuang air.Ya,mungkin benar.
Kasih ayah atau sang lelaki,membawa ke "neraka".
Tuhan lebih mengetahui atas segala sesuatu.
Tuesday, March 17, 2009
MAJLIS PENGAJIAN KITAB TURATH I'TIQAD ASWJ
PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM),
dengan kerjasama
BHEP, MULTIMEDIA UNIVERSITY (MMU)
Kolej Dar Hikmah,Jalan Sungai Ramal Dalam, 43000, Kajang, Selangor Darul Ehsan
OBJEKTIF
- Menimbulkan kesedaran terhadap kepentingan aqidah dan iman di kalangan belia.
- Mendedahkan umat Islam mengenai kewajiban beramal dengan ilmu daripada ahli agama Islam yang faqih.
- Menghidupkan budaya bertalaqqi secara berkitab.
- Memberi kefahaman tentang konsep dan perlaksanaan nilai-nilai Islam.
TEMA
Al-Fadhil Ustaz Hj. Zamihan Mat Zin Al-Ghari
SASARAN
- Ahli Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
- Pelajar MMU Melaka dan Cyberjaya
- Orang Awam
- Pelajar IPTA dan IPTS di Lembah Kelang
YURAN
RM 10 [INDIVIDU]
MODUS OPERANDI
(Talaqqi kitab/Pembentangan/Riadah Islami)
8:30 pagi : Taklimat & Aluan oleh ;
Saudara Abd. Muntaqqim Bin Zulkifli
Timbalan Presiden PKPIM
9: 15 pagi : Slot 1 :
Syarah Kitab I’tiqod Ahlus Sunnah Wal Jamaah.
11:00 pagi : Slot 2 :
Syarah Kitab I’tiqad Ahlus Sunnah Wal Jamaah.
2:00 petang : Slot 3 :
Syarah Kitab I’tiqad Ahlus Sunnah Wal Jamaah
Perlawanan Bola Sepak Persahabatan antara Pilihan ILIM dan Pilihan MMU [Muslimin]
7:00 malam : Solat Maghrib & Kuliah/Tazkirah & solat Isya’
9:00 malam : Slot 4 :
Syarah Kitab I’tiqad Ahlus Sunnah Wal Jamaah
6:00 pagi : Solat Subuh /Tazkirah /Sarapan pagi
8:30 pagi : Slot 5 :
Syarah Kitab I’tiqad Ahlus Sunnah Wal Jamaah
11:00 pagi : Slot 6 :
Syarah Kitab I’tiqad Ahlus Sunnah Wal Jamaah
Saudara Mohd Hilmi B. Ramli
Presiden PKPIM
2:00 petang : (Check-out)
Saudara Ikhram Husin [019-3731744]
Saudari Izzah Khanani [013-2197192]
http://almukminun.blogspot.com/2009/03/majlis-pengajian-kitab-turath-itiqad.html
Monday, March 9, 2009
Hapus PPSMI!
"Cakap perhimpunan aman,last-last dia tembak jugak gas pemedih mata.Penipu punya polis"
"Dada terasa sesak,badan terasa panas,mata tak dapat nak bukak"
"Ini lebih dahsyat dari Perhimpunan BERSIH!"

Sabtu lalu telah tercatat didalam sejarah moden negara Malaysia dimana pejuang-penjuang bahasa rasmi negara Malaysia dan juga tetamu Istana Negara dijamu dengan gas pemedih mata dan juga "water cannon".
"Tahniah" diucapkan kepada polis dan juga kerajaan BN kerana sanggup melihat anak-anak kecil dan warga tua kesakitan.Tidak lama lagi dalam 3 tahun akan datang saya ingin mengucapkan selamat tinggal kerajaan BN.Semoga bersemadi dengan aman.
Walaupun saya tidak sempat untuk mengikuti Perhimpunan 100,000 Rakyat Menentang PPSMI,tetapi ramai dikalangan sahabat saya menyertainya.Ya,panas hati mendengar luahan dan cerita mereka.

Perhimpunan yang "aman" bak kata polis ini dicemari dengan provokasi polis yang sengaja mencari sebab untuk menindas rakyat.Dek kerana termakan janji polis,rakyat turun untuk menyatakan sokongan mereka untuk memansuhkan PPSMI.Malah,ada 2 buah bas dari kampung Orang Asli turut turun memberi sokongan tetapi polis bertindak menyekat mereka.Menyekat rakyat untuk berhimpun bermakna menyekat suara rakyat.
Kerajaan Yang "Pandai Sangat"
"Ini bukan budaya kita"kata seorang pemimpin kerajaan.

"Perhimpunan ini didalangi parti pembangkang"kata seorang lagi.
Bodoh.Rakyat lebih bijak menilai dari pemimpin-pemimpin parti politik yang menganggap diri mereka serba tahu ini.Jika rakyat terus menerus disekat suara mereka,inilah yang saya katakan demokrasi ala-zalim BN.
Isu PPSMI ini sudah lama dilaung oleh PKPIM mahupun sasterawan negara dan badan NGO yang lain.Kerana dek tidak didengar suara rakyat,barulah 6 tahun selepas pelaksanaannya rakyat menyatakan rasa tidak puas hati yang selama ini 6 tahun dipendam.Salah kerajaan BN sendiri yang terus melaksanakan dasar "Kami sahaja yang betul,orang lain semuanya salah".
Rumah Allah Dinodai
"Paling saya tak puas hati,polis sanggup lempar gas pemedih mata ke dalam masjid"
"Masya-Allah,biar betul"
"Betul,ramai dalam masjid yang kena gas pemedih mata"
Itulah yang berlaku dan tidak langsung dilapor didalam media arus perdana dan semestinya media arus perdana terus menerus menikam pembangkang yang dikatakan dalang dibelakang perhimpunan gergasi ini.
Saya pasti jika masjid pun polis sanggup bertindak demikian,semestinya dimasa akan datang tidak mustahil untuk polis memancut water cannon ke dalam masjid.
Mungkin ada dikalangan polis yang terpaksa melakukan kerja-kerja ini kerana terpaksa akur dengan arahan ketua mereka yang tidak berperikemanusiaan.
Rakyat Lebih Tahu Apa Yang Rakyat Mahu

Saya terharu dengan penglibatan warga-warga emas yang sanggup menggagahkan diri untuk hadir di perhimpunan ini.Malah ada yang membawa anak-anak sebagai menyatakan rasa protes mereka terhadap kerajaan dalam isu PPSMI ini.
Sampai bila pemimpin kerajaan di Putrajaya ingin memekakkan telinga,membutakan mata,menutup mulut dalam isu ini?
Selesaikan isu PPSMI ini dengan segera-arah Pak Lah.Ya,kerana Pak Lah khuatir kerajaan BN akan tersungkur menyembah bumi gara-gara tindakan UMNO yang tidak mempertahankan bahasa ibunda mereka sendiri.
Malah yang mengejutkan dan mengharukan saya ada dikalangan masyarakat Cina juga menyertai perhimpunan ini.
Juga laporan dari sahabat saya ketika Kongres Islam Sarawak,rata-rata peserta kongres menolak PPSMI ini.
Wahai pemimpin yang sedang duduk di kerusi empuk,lihatlah.Rakyat sudah bersuara.Rakyat sudah bertindak.Mansuhkan saja PPSMI!
Tuhan lebih mengetahui atas segala sesuatu.
Lagi berita mengenai PPSMI yang boleh diterima pakai:
http://universitipts.com/
http://ashraflatif.wordpress.com/
http://mujahidnusantara85.blogspot.com/
http://minaq-jinggo.fotopages.com/?entry=1816122
http://www.tranungkite.net/v8/
p/s :Mungkin entri kali ini kelihatan emosional,tetapi itulah hakikatnya.Maafkan penulis di atas segala kesalahan,salah tutur bicara.
Thursday, March 5, 2009
Lagi Berita Mengenai Kebakaran di Kpg. Sungai Bedil
http://perkepis.blogspot.com/2009/03/assalamualaikum-w.html
Berita ini dipetik dari Utusan Malaysia Online
Mangsa kebakaran terima bantuan
KUCHING 5 Mac - Sebanyak 15 keluarga yang terlibat dengan kejadian kebakaran di Kampung Sungai Bedil Besar di sini semalam, menerima sumbangan wang tunai berjumlah RM2,000 bagi setiap keluarga.
Sumbangan itu disampaikan oleh Ahli Parlimen Petra Jaya, Fadillah Yusof ketika membuat lawatan ke kampung tersebut hari ini.
Beliau yang juga Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, bantuan itu merupakan sumbangan daripada Pusat Khidmat Parlimen Petra Jaya.
''Saya berharap mangsa dapat menggunakan wang sumbangan ini untuk membeli barangan keperluan asas seperti makanan dan pakaian seragam sekolah anak," katanya di sini hari ini.
Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Semariang, Sharifah Hasidah Syed Aman Ghazali.
Semalam, 15 buah rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Sungai Bedil Besar yang menyebabkan 75 orang penduduk kehilangan tempat tinggal dan terpaksa menumpang di rumah saudara mara serta surau kampung tersebut.
Fadillah berkata, beliau akan berbincang dengan pihak perumahan dan agensi-agensi kerajaan bagi mendapatkan penempatan sementara untuk mangsa kebakaran itu.
Buat masa ini ujarnya, kerajaan akan berusaha untuk menyewa asrama bagi keselesaan dan kemudahan mangsa sementara menunggu permohonan mendapatkan bantuan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dan Rumah Mesra Rakyat (RMR).
''Saya akan usulkan permohonan kepada Menteri Perumahan Sarawak, Datuk Seri Abang Johari Tun Openg dan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) bagi mendapatkan bantuan PPRT dan RMR kepada mangsa terlibat," ujarnya.
Menurutnya, mangsa kebakaran yang mempunyai tanah di tempat lain juga boleh memohon untuk mendapatkan bantuan perumahan, namun permohonan haruslah mengikut syarat yang ditetapkan.
Katanya, PPRT hanya untuk keluarga yang mempunyai pendapatan RM720 ke bawah manakala RMR untuk isi rumah yang berpendapatan RM1,500 ke bawah.
Fadillah menambah, beliau juga akan membuat rayuan kepada pihak kerajaan untuk memberikan subsidi sebanyak 50 peratus kepada mangsa kebakaran itu memandangkan kini mereka tinggal sehelai sepinggang.
MAJLIS PENGAJIAN KITAB TURATH I'TIQAD ASWJ
MAJLIS PENGAJIAN KITAB TURATH I'TIQAD ASWJ
Anjuran
PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM),
dengan kerjasama
BHEP, MULTIMEDIA UNIVERSITY (MMU)
dan
INSTITUT LATIHAN ISLAM MALAYSIA (ILIM)
OBJEKTIF
- Menimbulkan kesedaran terhadap kepentingan aqidah dan iman di kalangan belia.
- Mendedahkan umat Islam mengenai kewajiban beramal dengan ilmu daripada ahli agama Islam yang faqih.
- Menghidupkan budaya bertalaqqi secara berkitab.
- Memberi kefahaman tentang konsep dan perlaksanaan nilai-nilai Islam.
TEMA
Menghidupkan Ruhaniah Berlandaskan Pemantapan Akidah.
TARIKH & TEMPAT
20 – 22 Mac 2009 / 23-25 Rabiulawal 1429H di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi, Selangor Darul Ehsan
TENAGA PENGAJAR
SASARAN
Seramai 150 orang yang terdiri dari:
- Ahli Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
- Pelajar MMU Melaka dan Cyberjaya
- Orang Awam
- Pelajar IPTA dan IPTS di Lembah Kelang
MODUS OPERANDI
Program diadakan selama 3 hari 2 malam. Mengikut kaedah pengajaran kulit ke kulit menggunkan Kitab I’tiqad Ahlussunnah Wal Jamaah; Kiyai Haji Siradjuddin Abbas. Terbitan PUSTAKA TARBIYYAH Jakarta.
(Talaqqi kitab/Pembentangan/Riadah Islami)
TENTATIF PROGRAM
Jumaat (20/03/2009)
5:00 petang : (Check-in) Pendaftaran & Makan Malam
7:00 malam : Solat Maghrib/ Tazkirah & Solat Isya’
9:00 malam : Majlis Perasmian
”Aqidah sebagai Teras Jatidiri Belia”
Oleh : Al-Fadhil Ustaz Mohd Luthfi Bin Bakar
Penolong Pengurus STAD, MMU Melaka
10:30 malam : Minum malam & Berehat
Sabtu (21/03/2009)
6:00 pagi : Solat Subuh & Tazkirah
7:30 pagi : Sarapan
8:30 pagi : Taklimat & Aluan oleh ;
Saudara Abd. Muntaqqim Bin Zulkifli
Timbalan Presiden PKPIM
9: 15 pagi : Slot 1 :
Syarah Kitab I’tiqod Ahlus Sunnah Wal Jamaah.
10:45 pagi : Minum pagi
11:00 pagi : Slot 2 :
Syarah Kitab I’tiqad Ahlus Sunnah Wal Jamaah.
12:30 tghari : Makan Tengahari & solat Zohor
2:00 petang : Slot 3 :
Syarah Kitab I’tiqad Ahlus Sunnah Wal Jamaah
4:00 petang : Minum petang & solat Asar
Perlawanan Bola Sepak Persahabatan antara Pilihan ILIM dan Pilihan MMU [Muslimin]
Perlawanan Bola Jaring Persahabatan antara Pilihan ILIM dan Pilihan MMU [Muslimat]
6:00 petang : Makan Malam
7:00 malam : Solat Maghrib & Kuliah/Tazkirah & solat Isya’
9:00 malam : Slot 4 :
Syarah Kitab I’tiqad Ahlus Sunnah Wal Jamaah
10:30 malam : Taklimat Bengkel & Pembahagian Kumpulan/Tugasan; [Kewajiban Mempertahankan Akidah Melalui Kesatuan Ummah]
11:00 malam : Minum malam & Berehat
Ahad (22/03/2009)
4:00 pagi : Qiamullail
6:00 pagi : Solat Subuh /Tazkirah /Sarapan pagi
8:30 pagi : Slot 5 :
Syarah Kitab I’tiqad Ahlus Sunnah Wal Jamaah
10:30 pagi : Minum pagi
11:00 pagi : Slot 6 :
Syarah Kitab I’tiqad Ahlus Sunnah Wal Jamaah
12:00 tghari : Ulasan & Penutup oleh;
Saudara Mohd Hilmi B. Ramli
Presiden PKPIM
1:00 tghari : Makan Tengahari
2:00 petang : (Check-out)
http://almukminun.blogspot.com/
Wednesday, March 4, 2009
Kampung Sungei Bedil Angus!
Moga Allah memberi kekuatan kepada para mangsa kebakaran.Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan,sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.(Alam Nashrah,5-6)
Berita mengenai kebakaran di Kampung Sungai Bedil.Klik di sini.
Saya lampirkan sekali berita mengenai kebakaaran ini yang saya peroleh dari laman sesawang The Borneo Post Online.
15 rumah di Kampung Sg Bedil ranap dalam kebakaran
KUCHING: Sebanyak 15 rumah di Kampung Sungai Bedil di sini ranap dalam kebakaran yang berlaku pada petang semalam.
Kejadian yang berlaku secara pantas itu telah mengakibatkan kira-kira 80 orang penduduk hilang tempat tinggal.
Tiupan angin kencang juga dipercayai menyebabkan api merebak dengan begitu cepat sehingga meranapkan rumah-rumah terbabit yang dibina berdekatan antara satu sama lain.
Melihat keadaan api yang semakin marak, penduduk kampung bertungkus-lumus membantu menyelamatkan harta benda mangsa.
Menurut Abdul Malik Temu,45, semasa kejadian itu berlaku, dia sedang berada di Satok atas urusan kerja.
“Saya hanya mengetahui mengenai berita sedih ini selepas dihubungi ahli keluarga kira-kira jam 6.00 petang,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Beliau berkata, setibanya di tempat kejadian, penduduk kampung membeitahu kejadian itu dikatakan berpunca dari rumahnya.
“Nasib baik ahli keluarga saya tidak berada di rumah ketika itu,” katanya.
Bensi Siyet, 38, pula berkata dia mula menyedari kebaran itu berlaku kira-kira jam 6.00 petang.
“Semasa kejadian, saya bersama anak, anak saudara dan suami berada di dalam rumah,” katanya.
Dia berkata, semua barangan di dalam rumahnya gagal diselamatkan.
“Kami sekeluarga hanya mampu menyelamatkan diri sendiri sahaja,” jelasnya.
Sementara itu, menurut Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Baharuddin Idris, pihaknya menerima panggilan daripada penduduk kampung kira-kira jam 5.55 petang dan tiba di tempat kejadian kira-kira jam 6.02 petang.
“Kami berjaya memadamkan api sepenuhnya kira-kira 45 minit. Operasi pemadaman agak sukar dijalankan kerana jentera kami sukar memasuki kawasan ini kerana jalannya terlalu sempit,” katanya lagi.
Beliau berkata, operasi pemadaman berkenaan melibatkan lima jentera bersama 47 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Petra Jaya, Batu Lintang, Padungan dan Tabuan Jaya.
Kesemua mangsa difahamkan ditempatkan di surau kampung berkenaan.