Thursday, August 13, 2009

Terima Kasih Kem Rimba Ria!

Antara peserta muslimin.Sumo nok ado situk senyum sampe ke tingo

Alhamdulillah,tercapai niat penulis ingin menukilkan tentang Kem Berambeh Selasih ke-4 (KBS IV)yang diadakan di Kem Rimba Ria, Ulu Langat, Selangor.Kem ini telah disertai lebih kurang 40 peserta dari pelusuk Lembah Klang.Dikhabarkan anggaran peserta yang hadir melebihi 50 tetapi perancangan Yang Maha Esa mempunyai hikmahnya.Delegasi dari UTeM,UPSI tidak dapat hadir dek kerana H1N1.Namun, penulis bersyukur kerana semuanya berjalan dengan lancar.

Penulis sedikit gementar apa bila latar belakang peserta KBS IV ini majoritnya mahasiswa.Penulis ditugaskan sebagai AJK Modal Insan (bukan ketua fasilitator Bg Azrul aa =p) dan terima kasih diatas bantuan sahabat-sahabat Committe membantu penulis dalam memberi idea mengenai modul dan aktiviti yang dilaksana.Indahnya ukhuwwah.

"Bah,sapa mok beli pantun saya tek?"

Banyak pengalaman dan pengajaran yang dapat penulis ambil dari KBS IV.Pastinya proses pengajaran dan pembelajaran bukan terhenti setelah kita selesai menghabiskan program masing-masing di IPTA tetapi proses ini berlangsung sepanjang hayat kita.Seperti yang kita selalu dengar,sekolah terbesar adalah sekolah kehidupan.


Itu dia.Peserta dari DQ merik pantun.Siap takurang.

Antara kenangan yang tidak dapat dilupakan ialah, aktiviti berbalas pantun.Peserta dibahagikan ke dalam 4 kumpulan dan mereka bebas untuk menjual pantun mereka kepada kumpulan yang lain. Kumpulan yang mendapat jumlah "belian yang tinggi" adalah kumpulan Tarmizi,atau lebih mesra dikenali sebagai Penghulu Kampung Mang.Sayangnya penulis terlupa untuk merekod pantun-pantun yang mencapai tahap "pecah perut" ataupun "shiooooobih", sampe boyak dipadah sidak makan buah dabe,ne sik angol palak dengar nak eh.hihihi

P
Pada malamnya,kuliah Maghrib diisi oleh Bro Eusoffe yang penulis kira muhasabah kepada diri penulis.Kata-kata yang terbit dari Bro Eusoffe mengubatkan kerinduan pada kaum kerabatnya,dan juga kepada datuk mereka;Junjungan Besar Muhammad S.A.W.Semangat da'wah datuk mereka tetap mengalir di dalam darah mereka.

Selepas selesai solat Isyak,sesi diteruskan lagi dengan peringatan dari YDP Perkepis,Bro Khairul.Ada benar kata-katanya,

"Berik masa dengan dirik kitakurang"

Perubahan bukan perkara yang senang,dan juga memakan masa yang lama.Dengan adanya sahabat-sahabat disisi,insyaAllah sampai di destinasi.

Shiooobih,nyaman eh.Ne nak carik laksa Sarawak rah semenanjung.hihihi

"Ya rabbi, sampe dibah tok bau laksa"

"Aok eh,alu lapar perut kamek syeikh"

"Yalah,kamek pun sama juak"

"Dak lain kamek sik tauk lah,tapi nang nyaman bau tok.hihihi"

Pada hari terakhir,para peserta dijamu dengan laksa Sarawak.Makanan yang dirindui oleh semua peserta yang hadir.Dengan berbekal segala ramuan yang ada,AJK makanan berusaha untuk menyedapkan kuah laksa tersebut dan tahniah buat AJK makanan, sik kantoi rasa kamek resipi kitak orang ya..hihihi

Terima kasih tidak terhingga kepada para peserta yang sudi menyertai dan memeriahkan majlis.Juga kepada pihak yang membantu secara langsung juga tidak langsung,Allah sahaja yang mampu membalas jasa baik kalian.Penulis berharap,agar semangat KBS IV terus subur dan hidup di hati setiap peserta dan juga AJK.Inilah pangkalan kita di bumi semenanjung,tetapi lapangan kita merintih menanti mujahid dan mujahidah mereka kembali ke tanah air.Tanggungjawab umat adalah tanggungjawab kita bersama.Teruskan hidup untuk BERJASA KEPADA MASYARAKAT.

Senyum suma!Semua padah empuyak!

ALLAHUAKBAR!
ALLAHUAKBAR!
ALLAHUAKBAR!

Hanya Tuhan Mengetahui Atas Segala Sesuatu.

____________________________________________________________________

Lagi entri mengenai KBS IV,sila klik:

PERKEPIS
Bg Azrul
Kak Comel
Aisyah

p/s:yalah,tetak saya tok juak diingat urang.hihihi

1 comment:

RINDOK ATI said...

hehe...mad salah lokasi kem kitak. dah tukar. nama tempat ariya Kem Herba, Sg congkak. btw, hilai tawa kitak nang menghantui semua yang mendengar nya..