Friday, August 14, 2009

Ooo Orang Mukah!

Bangunan Pehin Setia Diraja-pandangan dari stesen bas Mukah

Kepada orang Mukah,berita baik untuk anda semua kerana Mukah bakal mempunyai lapangan terbang yang baru dan bajet untuk pembinaan lapangan terbang tersebut menelan belanja RM900 juta. Pembinaan lapangan terbang ini termasuk di dalam projek SCORE(Sarawak Corridor of Renewable Energy) dan bakal dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Ke-10.

Sumber:sila klik disini.

Pastinya pembinaan lapangan terbang yang baru ini akan merancakkan pembangunan di Mukah dan memudahkan perjalanan pelajar-pelajar institut pengajian.Kepesatan pembangunan di wilayah SCORE adalah lubuk buat bakal graduan universiti khususnya dari Sarawak untuk membangunkan negeri mereka.Tetapi bukan sahaja untuk para bakal graduan,tetapi juga lubuk buat para pencinta agama Allah 'Azza wa Jalla kerana pembukaan tempat-tempat baru di wilayah SCORE akan mendedahkan masyarakat tempatan dengan agama Islam.

Kenang-kenangan penulis ketika berada di Mukah,menjadi fasilitator.Berbaju putih di sebelah penulis sudah digelar suami orang =p

Sekaligus memudahkan aktiviti penyebaran dan peluasan maklumat mengenai agama Islam.Ya,tanggungjawab untuk menyebarkan agama Allah ini bukan sahaja terletak di bahu jabatan agama negeri mahupun persekutuan dan juga badan-badan berkaitan tetapi adalah tanggungjawab semua yang menggelar dirinya sebagai muslim.

Dan difahamkan bahawa lapangan terbang yang baru itu boleh menerima Boeing 737.
Diharapkan dengan kemajuan yang semakin pesat di tengah Sarawak memudahkan rakyatnya dan juga mendekatkan mereka dengan Sang Pencipta 'Azza wa Jalla.Aminn

Tuhan Lebih Mengetahui Atas Segala Sesuatu.

4 comments:

SEN said...

dapat k ku kelang kelus mukah-melaka klak heheh..

Ahmad Safiuddin B. Zamani said...

haaaa..x lah trensit cbo gk..hihihi

khairul husni said...

hahahah

Ahmad Safiuddin B. Zamani said...

owh?khairul husni?bminat utk LI di swak?hahaha...