Monday, December 1, 2008

Bila Barat Jadi Ikutan,Maruah Mudah Digadaikan

Petikan ini diperoleh dari laman sesawang http://www.utusan.com.my

Skuad berani bogel hadir majlis MB

SHAH ALAM 1 Dis. - Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis) menubuhkan skuad berani bogel bagi meneruskan hasrat untuk mengadakan demonstrasi tanpa seurat benang setelah permohonan permitnya tidak dilayan polis.

Presidennya, Ramlan Abu Bakar berkata, anggota skuad itu nekad berbogel di khalayak ramai di majlis-majlis yang dihadiri Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menurutnya, ia akan dilakukan sekiranya tuntutan supaya kadar kenaikan sewa kediaman Program Perumahan Rakyat (PPR) dikaji semula, tidak dipenuhi kerajaan negeri.

Beliau berkata, pihaknya memberi tempoh sehingga 12 Disember ini untuk Abdul Khalid memberi jawapan dan jika tiada maklum balas, demonstrasi itu akan diteruskan.

"Reformis pada 13 November lalu memberi tempoh sebulan kepada Menteri Besar untuk nyatakan bentuk tindakan yang akan dilakukan bagi mengatasi masalah sewa PPR di Selangor.

"Kalau tiada sebarang jawapan daripada Menteri Besar sendiri pada 12 Disember ini, kita akan isytihar perang bogel terhadapnya mulai tarikh itu," katanya ketika ditemui pemberita di luar Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di sini hari ini.

Ramlan sebelum ini mengumumkan akan mengadakan demonstrasi bogel di depan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini sebagai bantahan kepada kerajaan negeri yang menaikkan sewa PPR daripada RM124 kepada RM250 sebulan.

Tindakan itu juga dibuat bagi melahirkan rasa tidak puas hati terhadap agenda perubahan kerajaan negeri yang tidak menguntungkan rakyat walaupun sudah 300 hari mentadbir.

Berikutan kenyataan itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Muhammed Khusrin Munawi memberi amaran akan bertindak tegas terhadap Reformis kerana perbuatan sedemikian bertentangan dengan ajaran Islam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar pula dalam kenyataan sebelum ini menegaskan, pihaknya tidak akan melayan sebarang permohonan permit daripada Reformis.

Ramlan sebelum itu membuat laporan polis di IPD Shah Alam berhubung dakwaan salah guna kuasa dan rasuah oleh Abdul Khalid semasa Kongres Nasional Tahunan kelima Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Stadium Malawati di sini dari 28 hingga 30 November lalu.

Beliau mendakwa, PKR menerusi pihak berkuasa tempatan (PBT) menggunakan peruntukan kerajaan negeri untuk mengadakan keramaian dan jamuan makan pada perhimpunan itu.

Jelasnya, laporan yang sama turut dibuat kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) Selangor.


Ulasan:

Perang bogellah pulak...-_-"
Macam-macam kerenah manusia sekarang.Kerana tuntutan mereka tidak dihiraukan,terus mahu berbogel dikhalayak ramai.Berdialoglah dengan cara yang baik.Tak perlu nak berbogel depan-depan orang.Buat malu diri sendiri.Janganlah membuat sejarah yang memalukan ini.Ini bukan budaya orang Islam mahupun orang Melayu.

No comments: