Sunday, November 30, 2008

Pandanganku

Parti Keadilan Rakyat(PKR) akan menggempur Sarawak pada pilihanraya DUN akan datang.Bersediakah kita menghadapinya?

Pelbagai rasa yang penulis alami apabila mendengar kenyataan yang dikeluarkan oleh penasihat PKR,Dato Seri Anwar Ibrahim itu.Rasa yang pertama adalah kekhuatiran yang sangat tinggi.

Pastinya keputusan pilihanraya umum yang lalu mempengaruhi "mood" pengundi pada masa pilihanraya DUN Sarawak akan datang.Dengan ini,pastinya pengundi atas pagar akan ragu-ragu dan memilih mana satu wakil rakyat yang dapat membela nasib mereka kelak.

Penulis bukan anti-pembangkang mahupun penyokong kerajaan,tetapi selepas mendengar berita-berita yang boleh dikatakan menggugat Islam menyebabkan penulis merasakan akan ada sesuatu yang akan berlaku pada pilihanraya DUN akan datang.Penulis tidak pasti adakah ianya baik mahupun buruk,tetapi penulis dapat merasakan akan ada perubahan drastik yang berlaku di Sarawak seperti yang berlaku di Semenanjung Malaysia pada pilihanraya umum yang lepas.

Berlaku ataupun tidak perubahan itu,apakah persiapan yang kita ada khususnya umat Islam baik dari pelbagai bangsa untuk menghadapinya.Tidak mustahil pada masa akan datang pengganti Pehin Sri Taib Mahmud adalah dikalangan bukan muslim.Jadi apakah persiapan yang kita ada sekarang.

No comments: