Friday, February 11, 2011

Mubarak Tinggalkan Mesir

Tarikh keramat buat rakyat Mesir, sejarah telah terukir. 11 Februari 2011 (11022011) setelah 30 tahun merintah Mesir akhirnya Hosni Mubarak meletak jawatan presiden Mesir. Buat masa ini Mesir akan diletakkan dibawah pemerintahan tentera. Apa yang akan berlaku selepas ini, kita tunggu & lihat. Dalam keadaan ini, saya bersetuju dengan pandangan Dr. Faisal Tehrani. Mesir mungkin akan aman, jika Islamist seperti Ikhwanul Muslimin memegang tampuk pemerintahan.

Setelah 18 hari rakyat Mesir membantah, Hosni Mubarak melepaskan kuasanya. Kenapa beliau perlu 18 hari untuk melarikan diri?


Teori saya, Hosni Mubarak mengambil masa untuk membawa keluar apa yang dia rasa perlu di bawa keluar dari Mesir. Hosni Mubarak bukanlah lurus bendul seperti pak pandir,malah ada para penganalisis mengatakan Hosni Mubarak seperti ular.

Saya tidak skeptik dengan perjuangan rakyat Mesir tapi USA & Israel semestinya akan mengatur buah catur mereka di kawasan Timur Tengah lebih-lebih lagi Mesir adalah negara yang bersebelahan dengan Palestine yang juga Gaza. Mungkinkah Mesir menjadi seperti Thailand mahupun Pakistan suatu masa dulu?

Kita sama-sama doa yang terbaik untuk sahabat-sahabat kita di Mesir, mendoakan Mesir sebuah negara yang lebih baik, juga tahniah atas revolusi yang sahabat-sahabat kita. Sejarah baru telah terukir di Mesir. Moga perjuangan mereka berbaloi hendaknya.

No comments: