Monday, January 5, 2009

Jom Kita Masuk "U"

Alhamdulillah,setelah sekian lama tidak mengemaskini blog akhirnya penulis berkesempatan untuk mengemaskini blog ini.Sekian lama tidak terusik,pastinya banyak perkara yang penulis ingin nukilkan di skrin komputer riba ini.

Pertamanya,ingin penulis maklumkan bahawa abang kepada penulis terlibat didalam kemalangan jalanraya dan kini sedang dirawat di wad pesakit luar.Pastinya,kemalangan yang menimpa kita ada salah satu cara Allah untuk meringankan beban dosa di akhirat kelak.Moga Allah mengampuni dosa-dosa kita.

Yang kedua,mengenai program Jom Masuk "U" yang dianjurkan oleh PERKEPIS(Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak) pada 18-20 Disember yang lalu.Maafkan penulis kerana tidak sempat untuk membuat laporan sejurus selepas selesai program.

Jom Masuk "U" disertai oleh 56 peserta dari Kuching dan Samarahan.Hampir semua peserta adalah bekas peserta program PERKEPIS yang lepas.Walaupun program ini diiringi oleh hujan yang kadang kala lebat namun ia tidak melunturkan hati adik-adik peserta untuk terus mengikuti program ini dengan penuh bersemangat.Tahniah diucapkan.

Dengan pengisian yang bertenaga daripada Ust. Hasfa Bakri yang menceritakan pengalaman pahit getir sepanjang bergelar mahasiswa sehingga beliau berjaya mendapat 2 diploma dan 1 ijazah sepanjang 6 tahun pengajian beliau.

Pada hari kedua,peserta dibawa oleh Mantan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar Unimas,Saudara Azli Ramli untuk mengelilingi UNIMAS.Adik-adik peserta berpeluang untuk melihat keadaan ketika berada di universiti dan juga kemudahan-kemudahan yang ada di UNIMAS.Kami berpeluang untuk melambai Timbalan Naib Canselor UNIMAS.Malamnya,slot khas dari Timbalan Yang Dipertua PERKEPIS,Ust Mohd Afif Iskandar yang sedikit sebanyak dapat mengajar adik-adik peserta mengenai kepentingan berjemaah dan juga gentingnya masa apabila bergelar mahasiswa kelak.

Di hari yang terakhir,adik-adik peserta diberi peluang untuk merancang aktiviti yang sesuai untuk mengisi masa mereka dan juga untuk mengeratkan silaturahim antara adik-adik peserta.Perancangan yang lengkap dan jitu,pastinya lebih indah jika rancangan itu dilaksanakan dan berjalan dengan lancar.

Wallahualam

Berjasa Kepada Masyarakat

No comments: