Sunday, November 30, 2008

Pandanganku

Parti Keadilan Rakyat(PKR) akan menggempur Sarawak pada pilihanraya DUN akan datang.Bersediakah kita menghadapinya?

Pelbagai rasa yang penulis alami apabila mendengar kenyataan yang dikeluarkan oleh penasihat PKR,Dato Seri Anwar Ibrahim itu.Rasa yang pertama adalah kekhuatiran yang sangat tinggi.

Pastinya keputusan pilihanraya umum yang lalu mempengaruhi "mood" pengundi pada masa pilihanraya DUN Sarawak akan datang.Dengan ini,pastinya pengundi atas pagar akan ragu-ragu dan memilih mana satu wakil rakyat yang dapat membela nasib mereka kelak.

Penulis bukan anti-pembangkang mahupun penyokong kerajaan,tetapi selepas mendengar berita-berita yang boleh dikatakan menggugat Islam menyebabkan penulis merasakan akan ada sesuatu yang akan berlaku pada pilihanraya DUN akan datang.Penulis tidak pasti adakah ianya baik mahupun buruk,tetapi penulis dapat merasakan akan ada perubahan drastik yang berlaku di Sarawak seperti yang berlaku di Semenanjung Malaysia pada pilihanraya umum yang lepas.

Berlaku ataupun tidak perubahan itu,apakah persiapan yang kita ada khususnya umat Islam baik dari pelbagai bangsa untuk menghadapinya.Tidak mustahil pada masa akan datang pengganti Pehin Sri Taib Mahmud adalah dikalangan bukan muslim.Jadi apakah persiapan yang kita ada sekarang.

Monday, November 24, 2008

UMNO oh UMNO..

Tidak habis satu,satu lagi pergolakan.Tidak lama dulu, pertikaian kerusi MT UMNO.Sekarang Wanita UMNO pula bergolak.

Hai..Sampai bilalah drama ini hendak habis.Yang sudah sudah la Tan Sri. oiii.
Orang dah tak nak dengan awak.

Thursday, November 20, 2008

Perjuangan Bermula Kembali

Ya,dia kini kembali untuk ber'blogging'.Yang setelah lama ditinggalkan.
Kini datang yang baru.Akan diperbaiki segala kesilapan dengan izin-Nya,akan diperbaiki tulisan dengan izin-Nya,akan dipertingkat ilmu dan adab-adab mempelajari ilmu juga dengan izin-Nya.

Kesejahteraan juga Keselamatan ke atas Junjungan Besar Muhammad S.A.W,juga ke atas keluarga Baginda serta sahabat-sahabat Baginda.

Ya Allah,ampunkanlah dan bantulah hambaMu ini dan dan keluarganya,juga sahabat-sahabatnya,dan seluruh umat Muslimin dan Muslimat,Mukminin dan Mukminah juga Mujahidin serta Mujahidah.