Saturday, January 31, 2009

Ekspidi Gunung Angsi:Satu Kepuasan Peribadi

"Tok la 'first time' aku embak moto keluar dari Melaka sorang-sorang.Cuak juak rasa aku tok."
(Inilah kali pertama aku bawa motorsikal seorang-seorang keluar dari Melaka.Takut juga)

"Sikpa.Bulatkan hati.Tawakkal jak."
(Tak apa.Bulatkan hati.Tawakkal)

"Maha Suci Tuhan yang mengawal(kenderaan) ini semuanya untuk kami.Dan tiadalah kami berkuasa mempergunakannya tanpa kurnia dari Engkau.Dan sesungguhnya kepada Engkau kami kembali.Dengan namaMu Tuhan yang dengan namaNya tidak ada mudharat sedikit pun baik di bumi dan di langit,dan Ia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."

Walaupun hampir seminggu berlalu,tetapi kenangan ekspidisi Gunung Angsi di Hutan Lipur Ulu Bendul, Negeri Sembilan tetap bermain difikiran penulis.

Hutan Lipur Ulu Bendul terletak tidak jauh dari Kuala Pilah,betul-betul terletak di antara Senawang dan juga Kuala Pilah.Inilah kali pertama penulis menunggang motosikal secara solo dari Melaka ke Negeri Sembilan.Gementar juga apabila memasuki Plaza Tol Senawang kerana khuatir sesat.Namun,dibulatkan hati menyerah sepenuhnya pada Yang Esa agar mempermudahkan perjalanan penulis dan syukur kepada-Nya,penulis selamat sampai ke destinasi.

Sesampainya penulis di destinasi,delegasi dari Seremban belum tiba, dan Allah menemukan penulis dengan rakan se'tutorial'nya di kedai,Sazali.

Tidak lama,rombongan PERKEPISMA selamat tiba di perhentian bas.Betapa leganya rasa hati penulis pabila melihat sahabat-sahabat yang dirindui selamat sampai ke destinasi.Walaupun tidak semua yang dapat pergi kerana masing-masing mempunyai komitmennya yang sendiri,namun penulis tetap gembira dengan kehadiran itu.

Ah,sebelum terlupa.Inilah kali pertama penulis menyertai ekspidisi seperti ini.
Keesokkan harinya,bermulalah ekspidisi menawan puncak Gunung Angsi.Gunung Angsi berketinggian 825m dari paras laut.Tidak dinafikan bahawa ketidakkerapan penulis bersukan dan juga 'bad habit' penulis menyebabkan penulis 'sempe' pabila mendaki gunung ini.

Ketika mendaki gunung,penulis mengimbau kenangan semasa di Kem Raudhah,Gombak iaitu semasa ekplorasi ke air terjun yang dibimbing oleh Abg. Khairul.Berbekalkan semangat itulah penulis meneruskan perjalanan untuk menawan puncak Gunung Angsi.Walaupun Azam dan Hisyam dengan cekap dan pantasnya berada dihadapan,namun mereka tetap memberi semangat dan peransang untuk terus mara ke hadapan.Terima kasih sahabatku.Agik idup agik ngelaban!

Setibanya di puncak gunung,hilang rasa penat dan lelah.Ketibaan kami dipuncak gunung disambut oleh gumpalan awan.Sejuk.Hadiah bonus dari Yang Maha Pencipta untuk memberi ransangan kepada hamba-hambanya.Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?

Beginilah kejayaan.Semakin kita menghampirinya semakin rasanya meninggalkan kita dan semakin sukar untuk mencapainya.Ya,inilah rasanya kejayaan dan inilah yang akan penulis gunakan untuk menaikkan lagi semangat penulis untuk menaikkan keputusan penulis di akhir semester ini.

Setelah solat Zohor dan berehat sebentar,kami meneruskan perjalanan menuruni gunung.

"Berasa lutut aku ehh."
(Aduh,sakitnya lutuu aku)

Itulah ungkapan yang sering keluar dari mulut penulis.Namun,syukur padaNya semua kembali dengan selamat.

bersambung....

Tuesday, January 13, 2009

Banjir di Kuching

Ah,tidak penulis sangka banjir di Kuching beberapa hari yang lalu kian teruk.Namun,penulis sempat bertanya dengan Ustaz Suhardi mengenai banjir di Kuching.Alhamdulillah,air bah dari sungai Sarawak kian surut.Disini saya sertakan gambar yang dipetik dari blog PERKEPIS untuk tatapan sahabat-sahabat semua.

Thursday, January 8, 2009

Langkah Pertama

Dipetik dari Yahoo!Malaysia.Untuk membaca lebih lanjut sila klik

Malaysian Muslims plan boycott of American goods

Tuesday, January 6, 2009

Mengapa Jadi Begini?

Orang gerakan Islam di Malaysia mabuk dengan pilihanraya.
Mana suaramu untuk Palestin wahai gerakan Islam yang ingin mendaulatkan agamamu di tanahmu ini?
Mana sifat rendah dirimu dahulu?Kini mukamu penuh dengan rasa bangga dan riak?
Mana baju Melayu yang kau pakai dulu?Apakah lebih selesa dengan memakai kot?
Mana kereta Kancilmu dahulu?Sekarang ingin bertukar kepada kereta mahal pula?
Mana launganmu untuk menjaga rakyat?Yang kini sibuk dipadang golf?
Mana launganmu untuk Palestin?Dimana?
Mana launganmu untuk Islam?Dimana?
Dulu,aku menghormatimu.Ya.Tidakku sangkal hingga kini aku menghormatimu.Tetapi tidak semua.Ya.Tidak semua.

Monday, January 5, 2009

Palestin,kami tetap bersama denganmu.


Tidak cukup lagikah darah yang tumpah di bumi suci ini?

Ya Allah,bantulah kami dan juga saudara-saudara kami.Untuk mempertahankan Al-Aqsa dari terus dinodai oleh tangan Zionis ini.

Ya Allah,satukanlah hati-hati kami.Eratkanlah pertalian diantara kami.Ampunkanlah dosa-dosa kami.Kami lemah ya Rahman.Bantulah kami ya Rahim.Kaulah penguasa langit dan bumi.

Wahai saudara-saudaraku,aku tidak dapat menyertai jihadmu.Apa yang mampuku lakukan ialah berdoa kepada Yang Satu.Juga memboikot sebanyak mana barangan Yahudi yang ku mampu.Berdoalah wahai saudara-saudaraku,moga ku diberi kekuatan untuk menolak hawa nafsuku dan juga ku tetap istiqamah menemanimu.

Jom Kita Masuk "U"

Alhamdulillah,setelah sekian lama tidak mengemaskini blog akhirnya penulis berkesempatan untuk mengemaskini blog ini.Sekian lama tidak terusik,pastinya banyak perkara yang penulis ingin nukilkan di skrin komputer riba ini.

Pertamanya,ingin penulis maklumkan bahawa abang kepada penulis terlibat didalam kemalangan jalanraya dan kini sedang dirawat di wad pesakit luar.Pastinya,kemalangan yang menimpa kita ada salah satu cara Allah untuk meringankan beban dosa di akhirat kelak.Moga Allah mengampuni dosa-dosa kita.

Yang kedua,mengenai program Jom Masuk "U" yang dianjurkan oleh PERKEPIS(Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak) pada 18-20 Disember yang lalu.Maafkan penulis kerana tidak sempat untuk membuat laporan sejurus selepas selesai program.

Jom Masuk "U" disertai oleh 56 peserta dari Kuching dan Samarahan.Hampir semua peserta adalah bekas peserta program PERKEPIS yang lepas.Walaupun program ini diiringi oleh hujan yang kadang kala lebat namun ia tidak melunturkan hati adik-adik peserta untuk terus mengikuti program ini dengan penuh bersemangat.Tahniah diucapkan.

Dengan pengisian yang bertenaga daripada Ust. Hasfa Bakri yang menceritakan pengalaman pahit getir sepanjang bergelar mahasiswa sehingga beliau berjaya mendapat 2 diploma dan 1 ijazah sepanjang 6 tahun pengajian beliau.

Pada hari kedua,peserta dibawa oleh Mantan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar Unimas,Saudara Azli Ramli untuk mengelilingi UNIMAS.Adik-adik peserta berpeluang untuk melihat keadaan ketika berada di universiti dan juga kemudahan-kemudahan yang ada di UNIMAS.Kami berpeluang untuk melambai Timbalan Naib Canselor UNIMAS.Malamnya,slot khas dari Timbalan Yang Dipertua PERKEPIS,Ust Mohd Afif Iskandar yang sedikit sebanyak dapat mengajar adik-adik peserta mengenai kepentingan berjemaah dan juga gentingnya masa apabila bergelar mahasiswa kelak.

Di hari yang terakhir,adik-adik peserta diberi peluang untuk merancang aktiviti yang sesuai untuk mengisi masa mereka dan juga untuk mengeratkan silaturahim antara adik-adik peserta.Perancangan yang lengkap dan jitu,pastinya lebih indah jika rancangan itu dilaksanakan dan berjalan dengan lancar.

Wallahualam

Berjasa Kepada Masyarakat

Wednesday, December 24, 2008

Menghina?

Artikel ini dipetik dari laman sesawang http://www.utusan.com.my. mengenai pendapat Perdana Menteri Malaysia tentang balingan kasut oleh Muntadar.Muntadar seorang rakyat Iraq yang sudah tidak tahan dengan kerenah askar-askar penceroboh yang bertindak sesuka hati mereka dibumi Iraq.Umpama askar-askar ini adalah raja ditempat mereka.

'Jangan hina ketua kerajaan'

TEHERAN 24 Dis. - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan bahawa mana-mana ketua kerajaan sekalipun tidak boleh dihina seperti apa yang berlaku dalam insiden membaling kasut ke arah Presiden Amerika Syarikat, George W. Bush di Baghdad, Iraq, baru-baru ini.

Perdana Menteri berkata, pihak yang tidak berpuas hati dengan apa juga perkara boleh meluahkan perasaan mereka melalui cara lain.

"Saya sentiasa berpendapat kita tidak boleh menghina ketua kerajaan seperti itu," kata beliau pada sidang akhbar di akhir lawatan rasmi empat hari ke Iran di sini hari ini.

"Kita boleh mengambil tindakan, kita boleh mengeluarkan kenyataan keras jika perlu jika kita tak berpuas hati. Kita tak suka tentanglah, cakaplah dengan sekuatnya," katanya.

Namun tindakan bersifat menghina seperti membaling kasut tidak boleh dilakukan oleh sesiapapun, tegas Abdullah.

Wartawan sebuah stesen televisyen yang berpangkalan di Kaherah yang bertindak membaling kasut itu dilaporkan menghadapi tindakan undang-undang.

Ulasan:

Pastinya saya menyokong tindakan Muntadar,yang dilihat sebagai relevan bagi rakyat Iraq.Pastinya setiap tindakan yang diambil oleh manusia ada sebab dan rasional disebaliknya.

Muntadar,seorang rakyat Iraq yang sayang dengan negaranya sendiri bertindak mempertahankan negaranya melalui kasut tersebut.Ya,Bush merasakan dirinya terhina tetapi itu adalah hasil tindakannya sendiri yang menyebabkan dirinya dihina sebegitu rupa.Sayangnya Bush tidak diletakkan dikhalayak ramai,jika begitu pastinya lebih banyak sambutan kasut oleh rakyat Iraq.

Seperti yang Datuk Seri Abdullah katakan,mungkin keadaan itu relevan di Malaysia tetapi bukan di Iraq.Cuba Datuk Seri bayangkan jika Malaysia berada didalam keadaan seperti Iraq.Saya percaya bukan Datuk Seri akan membaling kasut,malah dengan apa yang ada pada badan Datuk Seri baiknya telefon bimbit mahupun dompet.

Disini saya ingin kongsi sedikit tentang situasi di Iraq.Dari apa yang saya peroleh dari Metacafe Pro.Didalam Metacafe terdapat banyak video-video mengenai penindasan tentera penceroboh terutamanya dari Amerika Syarikat dan juga Britain.Mereka memukul kanak-kanak dengan sesuka hati.Melanggar kenderaan awam dengan sesuka hati.Malah bertindak membunuh rakyat Iraq dengan sesuka hati.

Itu baru di Iraq.Belum lagi di Afghanistan,Chechnya,Kashmir,dan juga Palestin.Kemarahan rakyat Iraq adalah kemarahan umat Islam.Umat Islam ditindas di Iraq,di Chechnya,di Afghanistan dan juga di Palestin.Mana perginya OIC sebagai tempat kesatuan pemimpin-pemimpin negara Islam?Apakah kamu buta dengan apa yang berlaku disana?Disebabkan kerusi yang empuk,udara yang nyaman,lalu kamu melupakan apa yang telah dirasai oleh saudara-saudara kitaa disana?Sedarlah wahai umat Islam.Sedarlah.Bangkitlah untuk menaikkan martabat agama kita ini.

Thursday, December 11, 2008

Sedarlah wahai Muslimin

Artikel ini dipetik dari laman sesawang www.dakwah.info.Sama-sama kita fikir,renung sejenak.

Fatwa halalkan Darah Penduduk Palestin.

Laman web al-jazeera.net melaporkan bahawa para khakham (ulama besar) Yahudi telah meluluskan fatwa menghalalkan darah warga Arab Palestin (Islam dan Kristian) sebagai balasan kepada pembunuhan kader-kader mereka di bandar al-Quds. Fatwa yang akan disebarkan keapda umum pada hari Sabtu, 29 Mac 2008 melalui majalah rasmi kumpulan ultra ortodoks Yahudi itu bertajuk ‘Darah Yahudi lebih mahal dari emas’.

Rabbi dari bandar Safd, Samuel Eliyahu telah mengesahkan perkara tersebut dan menyeru agar kerajaan Israel mengulangi menubuhkan semula unit 101 yang pernah diketuai oleh Ariel Sharon pada masa lampau. Unit tersebut terkenal dengan kekejaman mereka membunuh warga awam Arab dan juga pembunuhan kelarga-keluarga Arab di kampung Qabyah dan Nahalin pada tahun 50’an. Unit yang diketuai oleh Ariel Sharon itu juga terkenal dengan kekejaman mereka membunuh seluruh penduduk kampung Arab, termasuk wanita, kanak-kanak dan warga tua di dalam sebuah rumah yang diletupkan secara kejam.

Eliyahu menjelaskan bahawa fatwa berkenaan adalah bersumberkan dari Taurat. Menurut beliau darah kaum selain dari Yahudi adalah halal dan mereka berhak untuk melakukan perkar ayang sedemikian. Beliau mendakwa, jika pihak AS dan Rusia boleh menumpahkan darah kaum Muslimin, mengapa kaum Yahudi tidak boleh dibenarkan melakukan perkara yang sama. Fatwa tersebut telah mengundang kritikan dan penentangan dari ahli parlimen Arab di dalam knesset rejim Zionis Israel. Mereka membawa isu tersebut ke pihak pengadilan dan meminta agar fatwa yang berbau keganasan tersebut diharamkan oleh pihak mahkamah tinggi kerajaan rejim.

Agak ironik, darah lebih 100 rakyat Gaza telah ditumpahkan sebelum peristiwa serangan ke atas kader-kader Yahudi ultra Ortodoks. Tidak pula kedengaran mana-mana ulama Islam di Gaza menghalalkan darah warga awam Yahudi di seluruh dunia. Peliknya, apabila nyawa para kader-kader ultra ortodoks Yahudi Zionis yang juga merupakan anggota tentera sukarelawan rejim terbunuh, mereka menghalalkan darah semua warga Arab Palestin. Di manakah media antarabangsa untuk mempamerkan kepada dunia wajah sebenar ‘pengganas dunia’?

Oleh: Mazlee Malik (Palestinkini.Info)