Wednesday, December 24, 2008

Menghina?

Artikel ini dipetik dari laman sesawang http://www.utusan.com.my. mengenai pendapat Perdana Menteri Malaysia tentang balingan kasut oleh Muntadar.Muntadar seorang rakyat Iraq yang sudah tidak tahan dengan kerenah askar-askar penceroboh yang bertindak sesuka hati mereka dibumi Iraq.Umpama askar-askar ini adalah raja ditempat mereka.

'Jangan hina ketua kerajaan'

TEHERAN 24 Dis. - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan bahawa mana-mana ketua kerajaan sekalipun tidak boleh dihina seperti apa yang berlaku dalam insiden membaling kasut ke arah Presiden Amerika Syarikat, George W. Bush di Baghdad, Iraq, baru-baru ini.

Perdana Menteri berkata, pihak yang tidak berpuas hati dengan apa juga perkara boleh meluahkan perasaan mereka melalui cara lain.

"Saya sentiasa berpendapat kita tidak boleh menghina ketua kerajaan seperti itu," kata beliau pada sidang akhbar di akhir lawatan rasmi empat hari ke Iran di sini hari ini.

"Kita boleh mengambil tindakan, kita boleh mengeluarkan kenyataan keras jika perlu jika kita tak berpuas hati. Kita tak suka tentanglah, cakaplah dengan sekuatnya," katanya.

Namun tindakan bersifat menghina seperti membaling kasut tidak boleh dilakukan oleh sesiapapun, tegas Abdullah.

Wartawan sebuah stesen televisyen yang berpangkalan di Kaherah yang bertindak membaling kasut itu dilaporkan menghadapi tindakan undang-undang.

Ulasan:

Pastinya saya menyokong tindakan Muntadar,yang dilihat sebagai relevan bagi rakyat Iraq.Pastinya setiap tindakan yang diambil oleh manusia ada sebab dan rasional disebaliknya.

Muntadar,seorang rakyat Iraq yang sayang dengan negaranya sendiri bertindak mempertahankan negaranya melalui kasut tersebut.Ya,Bush merasakan dirinya terhina tetapi itu adalah hasil tindakannya sendiri yang menyebabkan dirinya dihina sebegitu rupa.Sayangnya Bush tidak diletakkan dikhalayak ramai,jika begitu pastinya lebih banyak sambutan kasut oleh rakyat Iraq.

Seperti yang Datuk Seri Abdullah katakan,mungkin keadaan itu relevan di Malaysia tetapi bukan di Iraq.Cuba Datuk Seri bayangkan jika Malaysia berada didalam keadaan seperti Iraq.Saya percaya bukan Datuk Seri akan membaling kasut,malah dengan apa yang ada pada badan Datuk Seri baiknya telefon bimbit mahupun dompet.

Disini saya ingin kongsi sedikit tentang situasi di Iraq.Dari apa yang saya peroleh dari Metacafe Pro.Didalam Metacafe terdapat banyak video-video mengenai penindasan tentera penceroboh terutamanya dari Amerika Syarikat dan juga Britain.Mereka memukul kanak-kanak dengan sesuka hati.Melanggar kenderaan awam dengan sesuka hati.Malah bertindak membunuh rakyat Iraq dengan sesuka hati.

Itu baru di Iraq.Belum lagi di Afghanistan,Chechnya,Kashmir,dan juga Palestin.Kemarahan rakyat Iraq adalah kemarahan umat Islam.Umat Islam ditindas di Iraq,di Chechnya,di Afghanistan dan juga di Palestin.Mana perginya OIC sebagai tempat kesatuan pemimpin-pemimpin negara Islam?Apakah kamu buta dengan apa yang berlaku disana?Disebabkan kerusi yang empuk,udara yang nyaman,lalu kamu melupakan apa yang telah dirasai oleh saudara-saudara kitaa disana?Sedarlah wahai umat Islam.Sedarlah.Bangkitlah untuk menaikkan martabat agama kita ini.

No comments: