Saturday, January 31, 2009

Ekspidi Gunung Angsi:Satu Kepuasan Peribadi

"Tok la 'first time' aku embak moto keluar dari Melaka sorang-sorang.Cuak juak rasa aku tok."
(Inilah kali pertama aku bawa motorsikal seorang-seorang keluar dari Melaka.Takut juga)

"Sikpa.Bulatkan hati.Tawakkal jak."
(Tak apa.Bulatkan hati.Tawakkal)

"Maha Suci Tuhan yang mengawal(kenderaan) ini semuanya untuk kami.Dan tiadalah kami berkuasa mempergunakannya tanpa kurnia dari Engkau.Dan sesungguhnya kepada Engkau kami kembali.Dengan namaMu Tuhan yang dengan namaNya tidak ada mudharat sedikit pun baik di bumi dan di langit,dan Ia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."

Walaupun hampir seminggu berlalu,tetapi kenangan ekspidisi Gunung Angsi di Hutan Lipur Ulu Bendul, Negeri Sembilan tetap bermain difikiran penulis.

Hutan Lipur Ulu Bendul terletak tidak jauh dari Kuala Pilah,betul-betul terletak di antara Senawang dan juga Kuala Pilah.Inilah kali pertama penulis menunggang motosikal secara solo dari Melaka ke Negeri Sembilan.Gementar juga apabila memasuki Plaza Tol Senawang kerana khuatir sesat.Namun,dibulatkan hati menyerah sepenuhnya pada Yang Esa agar mempermudahkan perjalanan penulis dan syukur kepada-Nya,penulis selamat sampai ke destinasi.

Sesampainya penulis di destinasi,delegasi dari Seremban belum tiba, dan Allah menemukan penulis dengan rakan se'tutorial'nya di kedai,Sazali.

Tidak lama,rombongan PERKEPISMA selamat tiba di perhentian bas.Betapa leganya rasa hati penulis pabila melihat sahabat-sahabat yang dirindui selamat sampai ke destinasi.Walaupun tidak semua yang dapat pergi kerana masing-masing mempunyai komitmennya yang sendiri,namun penulis tetap gembira dengan kehadiran itu.

Ah,sebelum terlupa.Inilah kali pertama penulis menyertai ekspidisi seperti ini.
Keesokkan harinya,bermulalah ekspidisi menawan puncak Gunung Angsi.Gunung Angsi berketinggian 825m dari paras laut.Tidak dinafikan bahawa ketidakkerapan penulis bersukan dan juga 'bad habit' penulis menyebabkan penulis 'sempe' pabila mendaki gunung ini.

Ketika mendaki gunung,penulis mengimbau kenangan semasa di Kem Raudhah,Gombak iaitu semasa ekplorasi ke air terjun yang dibimbing oleh Abg. Khairul.Berbekalkan semangat itulah penulis meneruskan perjalanan untuk menawan puncak Gunung Angsi.Walaupun Azam dan Hisyam dengan cekap dan pantasnya berada dihadapan,namun mereka tetap memberi semangat dan peransang untuk terus mara ke hadapan.Terima kasih sahabatku.Agik idup agik ngelaban!

Setibanya di puncak gunung,hilang rasa penat dan lelah.Ketibaan kami dipuncak gunung disambut oleh gumpalan awan.Sejuk.Hadiah bonus dari Yang Maha Pencipta untuk memberi ransangan kepada hamba-hambanya.Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?

Beginilah kejayaan.Semakin kita menghampirinya semakin rasanya meninggalkan kita dan semakin sukar untuk mencapainya.Ya,inilah rasanya kejayaan dan inilah yang akan penulis gunakan untuk menaikkan lagi semangat penulis untuk menaikkan keputusan penulis di akhir semester ini.

Setelah solat Zohor dan berehat sebentar,kami meneruskan perjalanan menuruni gunung.

"Berasa lutut aku ehh."
(Aduh,sakitnya lutuu aku)

Itulah ungkapan yang sering keluar dari mulut penulis.Namun,syukur padaNya semua kembali dengan selamat.

bersambung....

1 comment:

zaiy said...

salam. kmk dudok kuala pilah tp x penah gik nait gunong angsi ya.. hehe.