Sunday, August 30, 2009

Qasidah al Imam Abdullah ibn 'Alawi al-Haddad

Alhamdulillah,syukur ke hadrat Allah dengan limpah dan kurnianya kita masih lagi menghidu nafas di bulan penuh barakah,Ramadhan al-Mubarak.Disini saya ingin berkongsi sedikit sebanyak tentang qasidah yang dinukilkan oleh Ulama besar,Imam Abdullah ibn 'Alawi al-Haddad.InsyaAllah,dengan keizinan dari Allah S.W.T saya akan cuba menulis sedikit sebanyak qasidah al-Imam ke dalam blog saya.Jika berkesempatan saya akan cuba untuk berkongsi sedikit sebanyak koleksi qasidah saya supaya para pembaca dapat memuat turun dari laman-laman muat turun secara percuma.

Untuk memuat turun qasidah ini,sila klik di sini.

ياذا الجلال والإكرام

ياذا الجلال والإكرام
ياذا الجلال والإكرام
ياذا الجلال والإكرام
أمتنا على دين الإسلام

يا عالم السر منا , لا تهتك الستر عنا
وعافنا واعف عنا , وكن لنا حيث كنا

يا واسع الجود جودك , الخير خيروك و عندك
فوق الذي رام عبدك , فادرك برحمتك في الحال

يا رب يا رب الأرباب , عبدوك فقيرك على الباب
أتى وقد بت الأسباب , مستدر كا بعد ما مال

يا موجد الخلق طرا , وموسع الكل برا
أسألك إسبال سترا , على القبائح والأخطال

يا من يرى سر قلبي , حسب إطلاعك حسبي
فامح بعفوك ذنبي , واصلح قصودي والأعمال

رب عليك اعتمادي , كما إليك استنادي
صدقا وأقصى مرادي , رضاؤك الدائم الحال

يارب يارب إني , أسألك العفو عني
ولم يخب فيك ظني , ياملك الملك ياوال

أشكو إليك وأبكي , من شؤم ظلمي وإفكي
وسوء فعلي وتركي , وشهوة القيل والقال

يارب عبدك ببابك , يخشى أليم عذابك
ويرتجي لثوابك , وغيث رحمتك هطال

قد استعتك ربي , على مداواة قلبي
وحل عقدة كربي , فانظر إلى الغم ينجال

لااله الالله
يارب أنت نصيري
لااله الالله
فلقني كل خير
لااله الالله
واجعل جنانك مصيري
لااله الالله
واختم بالإيمان الأجال

يا الله بها با الله بها يا الله بحسن الخاتمة

Ya Allah, Yang Maha Agung lagi Maha Pemurah,
Matikanlah kami dalam agama Islam,

Wahai Yang Maha Mengetahui akan rahsia kami, Janganlah Engkau tanggalkan hijab dari kami,
Berilah kami 'afiyah dan maafkanlah kami, Bantulah kami di mana sahaja kami berada.

Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah, Berilah kami kurniaanMu, kelebihan hanya datang dariMu dan di sisiMu, Melebihi apa yang diharapkan oleh hambaMu, Maka berilah rahmatMu dengan segera.

Wahai Allah Yang Maha Esa, HambaMu berhajat di pintu kemurahanMu,
MenghadapMu dengan penuh kekesalan, serta keinsafan setelah melakukan kesalahan.

Wahai Pencipta sekalian makhluk, Yang memberi keluasan pada mereka dalam kebaikan,
HambaMu memohon kepadaMu agar ditutupkan, segala keburukan dan kesilapan.

Wahai Yang Maha Melihat segala rahsia hatiku, Cukuplah bagiku pengetahuanMu ke atasNya,
Maka leraikanlah dosaku dengan kemaafanMu, Luruskanlah niat dalam perbuatanku.

Ya Allah kepadaMu ku berpegang, juga kepadaMu aku bersandar,
dengan sungguh-sungguh dan puncak tujuanku, keredhaanMu yang ku harapkan.

Wahai Allah sesungguhnya hambaMu, Memohon keampunan di atas segala dosa,
Semoga sangkaanku tidak akan hampa, Wahai Allah Yang Maha Kaya,

HambaMu mengadu serta menangis, Kerana banyaknya dosa dan dusta,
Kerana melakukan kejahatan dan kurang amalan, Banyak mengumpat serta banyak mengata.

Ya Allah hambaMu berdiri di pintuMu, Kerana takut akan pedihnya seksaanMu,

Rujukan:

Ringkasan Sirah Nabawiyyah, al-Imam Abdur Rahman ibn. al-Daiba' as-Syaibani, Yayasan Sofa, 2009

No comments: