"Sine ndak ka kem East Valley tok kah"
(Kat mana kem East Valley ni)
"Aok eh,sine ndak ka.Lekak Serian ka sebelom?"
(Yelah,kat mana ek.Lepas Serian ke sebelum Serian?)
"Kamek nangga dalam Google ariya sebelom Serian,sik jaoh dari kem PLKN"
(Saya tengok dalam Google hari tu sebelum Serian,tak jauh dari kem PLKN)
Diiringi tawakkal kepada Allah S.W.T,kami para fasilitator dan juga urusetia telah selamat sampai ke destinasi kami,yaitu East Valley Camp.Berlatar belakangkan bukit-bukau,pokok buah-buahan;pokok durian,rambutan.Menambah kesegaran kami ketika sampai disana.
Alhamdulillah,pada 29-31 Mei 2009 yang lepas telah diadakan program Jati Diri & Motivasi dari kalangan fasilitator dan urusetia dari kawasan Kota Samarahan. Peserta yang berjumlah 59 orang yang terdiri dari pelbagai latar belakang yang datang dari kawasan Samarahan dan juga Balai Ringin. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat dan semoga segala usaha yang telah kita lakukan ini dirahmati dan diberkati oleh Allah S.W.T.
Saya difahamkan bahawa kem ini adalah salah satu projek yang dijalankan oleh pihak BPP-MIS dalam melahirkan lebih ramai fasilitator remaja Islam di Sarawak.Moga segala usaha kita diberkati dan dirahmati oleh Allah S.W.T.
Peserta adalah dikalangan masih belajar;mahupun telah berhenti belajar,sama ada telah berhenti belajar dipertengahan jalan ,mahupun yang telah menamatkan persekolahan mereka.Pastinya ini adalah satu lagi pengalaman yang baru buat saya dan juga menyedarkan saya bahawa beruntungnya saya berada didalam keluarga yang amat-amat mementingkan pendidikan.
Sekali lagi diucapkan tahniah buat semua yang telah menjayakan program ini terutamanya kepada makcik kantin yang telah menaikkan selera kami semua.Enak sungguh masakan makcik.
Akhir kalam,abang doakan agar adik-adik bersama-sama dengan abang berjuang untuk Islam di bumi kenyalang ini.Sarawak menanti kita.
Tuhan lebih mengetahui atas segala sesuatu.
Penyelesaian Mudah Untuk Bantu Palestin
4 weeks ago
2 comments:
tahniah!1 teruskn usaha kitak org mendidik adik2 kita ya.. erm... mun kita nangga pon.. ramei biak srwk just smbil lewa n sik brapa pentingkan study... ramei nk cari duit sndiri.. mauk keja.. ada nk study tp brhnti...... jd, anjurkn bnyk gik program2 utk adik2 kita.. berik kesedaran , motivasi, n dorongan ngan daknya... ok.. caiyok!!!
yohh...ya nang bodek makcik kantin apa... hehe xda bha... tahniah!! bila balit ctok... KBS4 nunggu kitak...
Post a Comment