"Haah,berapa harga kereta ni?"dia bertanya,
"Dalam RM70000-RM80000 kot"seorang lagi menyahut.
Beginilah situasi di Pasar Raya Mydin ketika para pengujung melihat dengan mata sendiri kenderaan MPV buatan Malaysia yang pertama-Exora.
Diberitakan oleh pihak Proton,Exora ini direka oleh rakyat Malaysia dan untuk rakyat Malaysia.Tidak dinafikan Exora mempunyai rekabentuk yang menarik.Secara matematiknya di mata penulis Exora mempunyai bentuk seperti;
Exora = Toyota Wish(bahagian tepi dan tayar)+Toyota Avanza(bahagian belakang)+Honda Stream(bahagian depan)
Seperti kata pensyarah penulis yang terlibat secara langsung selama 10 tahun di dalam industri;
"Memang akan berlaku tiru meniru di dalam industri.Hatta syarikat-syarikat gergasi pun akan meniru antara satu dengan yang lain.Contoh paling mudah-telefon bimbit"
Kami mengangguk tanda setuju.
Enjin
Secara peribadinya,penulis meminati kereta Proton ini dan inilah kali pertama penulis berasa kagum dengan rekabentuk Proton.Mungkin benar slogan Proton Exora "You'll be amazed".
Namun begitu masih ada pihak yang ragu-ragu dengan Exora iaitu penggunaan enjin berkapasiti 1.6 liter CamPro CPS untuk kenderaan MPV ini.Kerana kebanyakkan kenderaan MPV mempunyai enjin berkapasiti sekurang-kurangnya 1.8 liter.Sayangnya penulis tidak dapat menerangkan dengan lebih lanjut kerana penulis masih lagi "muda" dalam bidang kejuruteraan mekanikal.Boleh jadi enjin 1.6 liter CamPro CPS berupaya untuk beroperasi bagi kenderaan sebesar ini.
Bahagian Dalaman
Di bahagian dalam,disertakan panel LCD beserta dengan pemain cakera digital DVD.Untuk keselesaan penumpang,di bahagian belakang Exora disertakan sekali lohong penyaman udara.Disertakan juga kerusi mudah-alih di bahagian penumpang untuk memudahkan pengguna yang membawa lebih banyak barang .
Untuk memastikan Exora dapat dipasarkan di peringkat antarabangsa pelbagai ujian telah dijalankan ke atas model Exora.Disertakan dengan "air bag",rangka badan kereta yang menepati piawaian Eropah juga rangka hadapan yang dinamakan "Hydro Forming Sub-Frame Technology" supaya apabila berlanggar,beban impak dapat disebarkan ke seluruh bahagian rangka untuk mengurangkan risiko penumpang dan juga pemandu cedera.
Tahniah kepada Proton atas pelancaran MPV-nya,Exora.Moga industri automotif negara akan terus berkembang dengan pembangunan pesat seiring dengan pembangunan akhlak para jurutera-juruteranya.Kepada Allah kita akan kembali.
Tuhan lebih mengetahui atas segala sesuatu.
Sumber-sumber:
1)http://www.proton-edar.com.my/exora/
2)http://paultan.org/topics/proton-mpv-2009/
Seperti kata pensyarah penulis yang terlibat secara langsung selama 10 tahun di dalam industri;
"Memang akan berlaku tiru meniru di dalam industri.Hatta syarikat-syarikat gergasi pun akan meniru antara satu dengan yang lain.Contoh paling mudah-telefon bimbit"
Kami mengangguk tanda setuju.
Enjin
Secara peribadinya,penulis meminati kereta Proton ini dan inilah kali pertama penulis berasa kagum dengan rekabentuk Proton.Mungkin benar slogan Proton Exora "You'll be amazed".
Namun begitu masih ada pihak yang ragu-ragu dengan Exora iaitu penggunaan enjin berkapasiti 1.6 liter CamPro CPS untuk kenderaan MPV ini.Kerana kebanyakkan kenderaan MPV mempunyai enjin berkapasiti sekurang-kurangnya 1.8 liter.Sayangnya penulis tidak dapat menerangkan dengan lebih lanjut kerana penulis masih lagi "muda" dalam bidang kejuruteraan mekanikal.Boleh jadi enjin 1.6 liter CamPro CPS berupaya untuk beroperasi bagi kenderaan sebesar ini.
Bahagian Dalaman
Di bahagian dalam,disertakan panel LCD beserta dengan pemain cakera digital DVD.Untuk keselesaan penumpang,di bahagian belakang Exora disertakan sekali lohong penyaman udara.Disertakan juga kerusi mudah-alih di bahagian penumpang untuk memudahkan pengguna yang membawa lebih banyak barang .
Concept Car Proton Exora Prime
Menepati Piawaian AntarabangsaUntuk memastikan Exora dapat dipasarkan di peringkat antarabangsa pelbagai ujian telah dijalankan ke atas model Exora.Disertakan dengan "air bag",rangka badan kereta yang menepati piawaian Eropah juga rangka hadapan yang dinamakan "Hydro Forming Sub-Frame Technology" supaya apabila berlanggar,beban impak dapat disebarkan ke seluruh bahagian rangka untuk mengurangkan risiko penumpang dan juga pemandu cedera.
Tahniah kepada Proton atas pelancaran MPV-nya,Exora.Moga industri automotif negara akan terus berkembang dengan pembangunan pesat seiring dengan pembangunan akhlak para jurutera-juruteranya.Kepada Allah kita akan kembali.
Tuhan lebih mengetahui atas segala sesuatu.
Sumber-sumber:
1)http://www.proton-edar.com.my/exora/
2)http://paultan.org/topics/proton-mpv-2009/
No comments:
Post a Comment