Wednesday, January 26, 2011
Fresh New Start
Sunday, February 28, 2010
Meriah!
Pada paginya majlis berlangsung di Masjid Darul Ikhsan, Tanjung Tuang.
Majlis diketuai oleh Ust. Haji Adhlan dan dimeriahkan lagi dengan kehadiran Hb. Musthofa al-Haddad dan juga Hb. Izzudin al-'Aydrus. Bacaan Maulid ad-Daiba'ie diselangselikan dengan bacaan Maulid Marhaban.
Maulid Marhaban mempunyai namanya yang tersendiri tetapi saya terlupa namanya. Terima kasih kepada Saudara Syeed Abd. Hamid kerana sudi menumpangkan saya untuk pergi bersama-sama ke majlis maulid berkenaan. Kemeriahan jelas terasa dengan bacaan maulid dan juga keramahan penduduk kampung Tanjung Tuang yang menyentuh perasaan saya. Amalan-amalan seperti ini semakin dilupakan dan semakin terhakis patut disuburkan dan dinaikkan semula. Saya tertarik dengan cadangan Ust. Haji Adhlan dimana beliau mencadangkan bacaan Maulid Marhaban dimodenkan selaras dengan kehendak remaja masa kini. Mungkin kerana bacaan Maulid Marhaban agak sukar diikuti menyebabkan golongan muda kurang berminat untuk mempelajarinya.
Setelah selesai bacaan maulid, para hadirin diberi jamuan ringan. Selepas itu tazkirah dari Hb. Musthofa juga Hb. Izzudin. Hb. Musthofa mengingatkan hadirin mengenai kepentingan majlis maulid yang tercatat di dalam kitab I'atutholibin Jilid 3.
Majlis dimulakan dengan bacaan Marhadan dari adik-adik Semariang, nyanyian nasyid dari Taski ABIM, juga nyanyian lagu puisi. Seterusnya majlis diteruskan dengan bacaan Maulid Daiba'ie pimpinan Ust. Muhammed 'Afif bin Iskandar. Majlis dihadiri bukan sahaja penduduk setempat malah dihadiri oleh pelancong asing. Terdapat seorang pelancong asing yang menarik perhatian saya dimana beliau hadir pada sebelah petangnya untuk melihat kami membuat persiapan juga hadir pada sebelah malamnya.
Moga majlis sebegini terus subur di Bumi Kenyalang untuk terus menyuburkan rasa cinta dan rindu kita kepada Junjungan Besar Muhammad shollallahu 'alaihi wa sallam. Moga dengan cinta dan rindu kita kepada Baginda shollallahu 'alaihi wa sallam ,semakin kuat pegangan dan kepercayaan kita untuk mengikuti segala tunjuk ajar serta sunnah Baginda shollallahu 'alaihi wa sallam. Biarlah kita bermula dengan sunnah yang mudah dan ringkas, daripada kita meninggalkan terus mutiara-mutiara Baginda shollallahu 'alaihi wa sallam. Marilah kita cuba berakhlak seperti akhlak Baginda shollallahu 'alaihi wa sallam.
Allahumma sholli 'ala Sayyidina Muhammad!
Wednesday, February 24, 2010
Adab Majlis Maulid & Maulid Diba'ie
Saiyid 'Utsman bin 'Abdullah bin 'Aqil ibnu Yahya al-Batawi menyebut didalam kitabnya ad-Durr al-Basim fi Athwar Abi al-Qasim صلى الله عليه وسلم:
".... Faedah yang pertama wajib atas kita sekalian Islam mengetahui bahawasanya junjungan kita Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم hamba Allah yang amat mulia, lebih daripada sekalian makhluk. Lagi bahawa ia pesuruh Allah Taala pada sekalian manusia dan jin.
Maka wajiblah mengetahui akan hal ehwalnya yang disebut di dalam kitab ini, yang sesetengahnya itu wajib diketahuikannya, dan sesetengahnya itu sunat. Sebahagi[an] lagi wajib atas kita menghormatkan junjungan kita Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم dengan sehabis-habis hormatnya..."
Katanya lagi:
"Dan lagi, tiada pantas [selayaknya] pula dibaca [bacaan maulid Nabi صلى الله عليه وسلم] itu di atas meja kerusi, sebab itu bukannya asal aturan Islam. Dan janganlah ada di tempat membaca itu campuran lelaki sama perempuan. Sebab, itu pertegahan syarak. Melainkan ada dinding antara mereka itu dengan aman daripada fitnah."
Katanya lagi:
"Dan jangan sekali-kali ada di tempat membaca [maulid Nabi صلى الله عليه وسلم] itu suatu permainan haram. Sebab, itu derhaka besar, melanggar pertegahan Rasulullah صلى الله عليه وسلم di hadapan sebutan nama Allah dan nama rasul-Nya. Maka itu tiada patut sekali-kali di dalam aturan syarak, maka tiada yang membuat begitu rupa, melainkan jika ia jahil akan kadar Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Atau tiada mengindahkan kewajipan hormat padanya. Maka adalah itu dekat kepada kelakuan orang yang murtad ..."
Katanya lagi:
“…… maka dapatlah pahalanya, tiada kurang, insya-Allah asal betul saja segala aturannya [adabnya] ……”
Qadhi Haji Abu Bakar bin Haji Hasan, Muar Johor di dalam kitabnya Mustika 'Ajaib Pada Menyatakan Hukum Dan Kelebihan Membaca Maulid Nabi صلى الله عليه وسلم halaman 14 - 15:
Ingatan - Apabila dibacakan maulid an-Nabiy di dalam satu-satu majlis maka hendaklah orang-orang yang hadhir di dalam majlis itu duduk dengan adab, jangan mereka itu bercakap, berbual atau menghisap rokok atau curut di dalam majlis itu tetapi hendaklah mereka itu duduk dengan adab dan tawadhu'. Oleh sebab saya datang akan perkataan ini disini kerana saya telah berjumpa beberapa tempat-tempat kumpulan orang-orang kerana membaca maulid Nabi صلى الله عليه وسلم, maka setengah mereka itu berbual-bual dan setengah mereka itu menghisap rokok .......Maka sayogianya bagi orang yang menghadiri majlis maulidurasul, duduk di dalam keadaan yang tenang dan beradab kerana membesarkan serta memuliakan junjungan mulia Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم. Duduklah seumpama duduk berada di dalam majlisnya Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم. والله أعلم.
- "Taisirul Wusul ila Jaami`il Usul min Haditsir Rasul" yang mengandungi himpunan hadits yang dinukil daripada kitab hadits yang 6.
- "Tamyeezu at-Thoyyib min al-Khabith mimma yaduru 'ala alsinatin naasi minal hadits" sebuah kitab yang membezakan hadits sahih dari selainnya seperti dhaif dan maudhu.
- "Qurratul 'Uyun fi akhbaril Yaman al-Maimun".
- "Bughyatul Mustafid fi akhbar madinat Zabid".
- "Fadhail Ahl al-Yaman".
Wednesday, February 3, 2010
Terima kasih warga Allamanda!
Moga hubungan persahabatan diantara kita tidak terputus,dan moga berjumpa lagi di lain hari,InsyaAllah. Disini dilampirkan beberapa gambar untuk tatapan semua.
Hadith hari ini
Sunday, December 20, 2009
Mesut Kurtis - Salawat
An-Nabi sallu 'alayh
Salawatul lahi 'alayh
Kullukom qulu sawa
Salawatul lahi 'alayh
The Prophet peace be upon him
Peace and blessings be upon him
Let us all say together
Salawatul lahi 'alayh
May the Salutations of Allah be upon him
If you want your life to be blessed
Then blessings to him you must send
When you hear his name mentioned
Salawatul lahi 'alayh
Chorus
An-nabi ya sami'in
I'lamu 'ilmal yaqin
Anna rabbal 'alamin
Awjabas sala 'alayh
The Prophet (pbuh), O listeners
You must know with certainty
That the Lord of the worlds
Has made sending salutations upon him obligatory
Chorus
If you want to get ahead
Fear Allah and always spread
All the love of Muhammad
Salawatul lahi 'alayh
Chorus
If you want the Prophet to plead
On the Day of the Stampede
Love Allah and al-Habib the Beloved
Salawatul lahi 'alayh
Saturday, December 19, 2009
Rencana dari Dr. Muhammad Uthman el-Muhammady di Berita Harian
Usah terpesona tajdid segera Wahabi
Oleh Muhammad Uthman El-Muhammady
Mula abad ke-18 Wahabi menentang ulil amri sehingga musnah kerajaan Islam Uthmaniah
KALI ini perbincangan tertumpu kepada perbandingan antara tajdid cara Wahabiah dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Kerap disuarakan golongan ini sedang laksanakan 'tajdid' yakni pembaharuan atau penyegaran semula fahaman yang betul dan amalan dalam agama.
Konsep tajdid terkandung dalam erti hadis riwayat Abu Daud bermaksud: "Sesungguhnya Allah akan membangkitkan bagi umat ini pada permulaan setiap 100 tahun tokoh yang memperbaharui agama ini untuknya." (Aunul-Ma'bud Sharah Abi Daud, al-malahim).
Maksud memperbaharui di sini ialah menjadikan apa yang dilupakan, diamalkan semula, terkeliru dijernihkan mengikut ajaran sebenar atau salah faham difahami semula dengan betul. Dalam hadis riwayat Muslim ada sabda Baginda SAW yang bermaksud: "Terus menerus ada dalam umat ini golongan yang tertonjol menang dalam kebenaran sampai datang perintah Allah, tidak mendatangkan mudarat pihak merendahkan mereka sehingga datang perintah Allah (kiamat) walhal mereka dalam keadaan demikian." (Riwayat Muslim)
Tokoh tajdid sama ada difahamkan peribadi tertentu yang cukup syarat ilmunya mengenai al-Quran dan sunnah serta huraiannya; dan ilmu yang zahir serta mengenai hal kerohanian, dengan peribadinya yang beramanah, atau beberapa peribadi bermula dengan Umar Abd al-Aziz, Syafie, ibn Suraij, al-Asy'ari, al-Baqillani, Sahal, al-Isfara'ini, al-Ghazali, Fakhr al-Din al-Razi, al-Rafi'I, ibn Daqiq al-'Id atau al-Bulqini, (disebut dalam Aunul-Ma'bud Sharah Abi Daud) dan seterusnya dengan menyebut ulama hadis usaha mereka ialah menghidupkan sunnah dan menghilangkan bidaah, menghidupkan apa yang dilupakan serta menguatkan apa yang lemah.
Tajdid yang berlaku berhubung dengan tokoh yang disebut dalam teks syarah hadis seperti Syarah Bukhari, Abu Daud dan Muslim menunjukkan jasa menyebarkan keadilan dan pelaksanaan ajaran Rasul, menguatkan sunnah dan pemahaman hukum dalam Ahli Sunnah Wal Jamaah, penyusunan ilmu dalam Ahli Sunnah, akidah, ajaran kerohanian yang sahih, akhlak yang teguh, mengalahkan hujah yang menyerang Ahli Sunnah dan membantu dalam menjayakan hidup tamadun dalam Ahli Sunnah. Kemunculan Salahuddin al-Ayyubi, misalnya adalah hasil daripada tajdid ulama Ahli Sunnah termasuk ajaran rohaniah Imam al-Ghazali, Waliyullah al-Dihlawi abad ke-18, usaha dakwah abad ke-20 oleh al-Banna dan Said Nursi adalah hasil kesan daripada tajdid sahih Ahli Sunnah.
Kemunculan ulama Dunia Melayu dalam pengembangan ilmu dan amalan Ahli Sunnah hasil daripada tajdid sepanjang zaman itu. Dengan itu, akidah menjadi betul, ibadat dan hidup kerohanian menjadi berjaya, akhlak menjadi jernih, hidup masyarakat tersusun, hubungan antara ulil amri dan rakyat menjadi tersusun, hubungan umara dan ulama terurus walaupun ada gangguan dalam sejarah, amalan dan pegangan Ahli Sunnah terus berjalan dan tamadun Islam wujud sampai sekarang walaupun mengalami zaman kelemahan dan menghadapi cabaran dari luar dan dalam. Dengan tajdid yang sahih Ahli Sunnah menyelesaikan masalah cabaran falsafah yang menyeleweng, ajaran dan akidah sesat, kejahilan, kekeliruan, ilmu Islam tersusun, panduan jelas, dan tamadun menjadi teguh.
Berbanding tajdid Ahli Sunnah kita boleh sebutkan tajdid segera Wahabi bermula dari abad ke-18 itu. Antara yang berlaku ialah tuduhan umat Islam melakukan kesyirikan dan bidaah, lalu atas nama mengembalikan sunnah dan memerangi bidaah, berlaku penentangan terhadap ulil amri waktu itu iaitu kerajaan Uthmaniah Turki yang berabad mempertahankan Islam yang sedang dimusuhi Barat.
Apabila ia dilemahkan dari dalam oleh usaha golongan itu atas nama menegakkan tauhid dan sunnah, akhirnya ia lemah dari dalam, apa lagi apabila golongan itu bermuafakat dengan British dan Perancis seperti tercatat dalam 'Unwan al-Majdi, akhirnya, jatuhlah khalifah itu dengan Kamal Attaturk memberi pukulan maut ke atasnya. Ertinya tajdid membawa kepada maut khalifah Islamiah. Maha suci Allah! Tajdid yang mereka lakukan muncul dalam bentuk memberi huraian tauhid yang dipecahkan kepada tiga (dikatakan itu huraian orang salaf, walhal tidak demikian), yang dijadikan alat untuk mengkafir dan mensyirikkan Muslimin yang bertawassul dan beristrighothah di kubur nabi dan lainnya, dan mengatakan penyembah berhala ahli tauhid rububiah yang ikhlas tauhidnya.
Tidak pernah berlaku sebelum ini penyembah berhala dikatakan ahli tauhid yang ikhlas walau dalam apa erti dan segi sekalipun. Juga tidak pernah berlaku yang Muslim dikatakan kafir kerana bertawassul dan beristighothah.
Golongan ini, akibatnya senang menghukum kafir sesama Muslimin; tauhid hasil tajdid segera mereka juga membawa kepada timbulnya kepercayaan mujassimah terhadap Allah walau bagaimana kuatnya mereka menolak hal ini dan akibatnya timbul kekacauan dalam masyarakat.
Tajdid mereka juga lahir dalam bentuk menghukum bidaah terhadap amalan Muslimin seperti talkin, qunut Subuh, berdoa beramai-ramai, membaca Yasin malam Jumaat, mengadakan majlis Maulud Nabi, membaca barzanji, mengadakan kenduri arwah, tahlil, berzikir beramai-ramai, mengaji Sifat 20 dan seterusnya ditolak terus, tidak ada bidaah yang baik.
Sebelum ini tidak ada tajdid bermula dengan pembicaraan mengenai talkin, qunut, berzanji dan yang sepertinya kerana itu semua perkara ranting dalam hukum dan amalan. Sikap mereka berhubung hal itu berlawanan dengan pendirian arus perdana Ahli Sunnah.
Itu semua dianggap bidaah yang mesti ditolak sebagai akibat yang timbul daripada sikap mereka memahami bidaah hanya satu jenis yang mesti ditolak. Timbul tajdid melarang orang mengikut mazhab fiqh kononnya seperti menyembah ulama. Ia lahir daripada sikap mereka menyuruh orang membuat keputusan sendiri daripada al-Quran dan sunnah.
Kata mereka senang saja seperti yang terkandung dalam kitab golongan ini Hal al-Muslim Mulzam Bittiba' Madhhabin Mu'ayyanin min Madhahib al-Arbaah oleh al-Khojandi al-Ma'sumi, yang dipertahankan al-Albani. Berhubung dengan sikap demikian timbul perbuatan menghukum mereka yang sembahyang mengikut imam mazhab bukan melakukan sembahyang nabi. Sembahyang nabi ada dalam huraian golongan mereka seperti yang dalam buku Solatun-Nabi oleh al-Albani.
Kesannya timbul perkelahian dalam masyarakat sampai berlaku perceraian. Di sesetengah negara berlaku pertumpahan darah dan pembunuhan akibat daripada perkembangan sedemikian ini.
Tajdid golongan ini juga berlaku dengan menolak ilmu seperti tasawuf, astronomi dan mantik, perkembangan sains dan teknologi mendapat tentangan, perubahan hanya baru berlaku dalam kalangan mereka yang mengikut aliran ini. Ini berlawanan dengan sikap ulama Ahli Sunnah yang mempunyai sikap terbuka dalam hubungan dengan ilmu sedemikian seperti yang ternyata dalam al-Muqaddimahy ibn Khaldun dan Kashshaf Istiulahat al-Funun oleh al-Tahanawi.
Kesan 'pembaharuan' gaya tajdid segera golongan ini timbul perbuatan melanggar peraturan dalam negeri di mana mereka berada. Kalau golongan mereka tidak diberi tauliah untuk mengajar dan berceramah, mereka langgar peraturan itu dengan mengatakan itu bercanggah dengan ajaran Islam yang menyuruh berdakwah, sedangkan mereka terlupa dalam Ahl Sunnah, ulil amri berkewajipan untuk menjaga agama dan amalannya supaya berjalan atas landasan Ahli Sunnah dan mazhab yang diamalkan dalam negeri yang berkenaan.
Contohnya, boleh didapati dalam perbuatan Saidina Ali yang melarang mereka tidak layak daripada mengajar di masjid Basrah, walhal tokoh yang layak seperti Hasan al-Basri dibenarkan mengajar.
Demikian pula al-Mawardi dalam al-Ahkam al-Sultaniyyahnya dalam bab al-hisbah, menyebut keperluan ulil amri mengawal masjid supaya dakwah dan pengajaran berjalan lancar dalam aturan dan mazhab yang ditentukan dan amalan yang baik terlaksana. Ini dapat mengelakkan orang yang memberi penafsiran mengelirukan tidak mengganggu ketenteraman awam.
Ringkasnya perlu kita kembali kepada usaha memahami tajdid dan hasil kerja tajdid yang sebenarnya berlaku dalam ajaran dan sejarah Ahli Sunnah, apa lagi sempena awal Muharram tahun baru Islam 1431 Hijrah ini. Dengan ini kita tidak terpesona dan terpengaruh dengan dakwaan tajdid segera yang dilakukan golongan ini dan cuba ingatkan sejenak di mana timbulnya pemikiran seperti ini adakah kita melihat keamanan di dalamnya? Adakah kerja membina tamadun sebenar di dalamnya? Adakah sama dengan negeri Ahli Sunnah tertentu yang aman? Dengan itu mudah-mudahan kita dapat memiliki kefahaman yang tepat dan bermanfaat mengenai tajdid dan tokoh tajdid yang sebenar dalam umat ini, dan tidak terpesona dengan tajdid segera kelompok ini walaupun disebutkan nama yang hebat untuk mempromosikannya. Wallahu'alam.

