Wednesday, November 25, 2009
Selamat Pengantin Baru!!
Thursday, October 29, 2009
Bila Rumi Menari!
Kita menari bukan sebarang tarian
Asalnya dari tanah orang-orang pilihan
Bila terdengar masnawi ciptaan maulana
Ku bunuh nafsu lebur rantainya dari badan
Hingga hilang bangga diri
Berani hidup berani mati
Bagai musafir bertemu janji
Ini Darwis sudah gila berahi
Kita tak rindu pada siasah dunia
Perangkapnya membuat manusia hampa
Untuk bertemu impian bukan percuma
Mengorbankan yang tersangat kita cinta
Bagai Yunus dimakan paus
Ibrahim tak makan api
Bertemu kekasih di malam kudus
Luka di badan tak terasa lagi
Pukullah rebana jantungku bersyairlah maulana
Aku mabuk hakiki mendengar suaramu
Sayang... pada mereka yang tak mengerti
Sayang... pada hati tertutup mati
Bagai sangkar tanpa penghuni
Burung berharga terlepas lari
Rindu (ya maulana)
Kembali bertemu (ya maulana)
Hatiku merindukan pemiliknya (ya maulana)
Rindu (ya maulana)
Kembali bersatu (ya maulana)
Kembali bersatu dengan yang dikasihi
Rindu (ya maulana)
Kembali bertemu (ya maulana)
Hatiku merindukan pemiliknya (ya maulana)
Rindu (ya maulana)
Kembali bersatu (ya maulana)
Kembali bersatu dengan kekasih
Tuesday, October 27, 2009
Majlis Haul Imam Abdullah 'Alawi al-Haddad di Kuching!

View Larger Map
Wednesday, October 21, 2009
Majlis Haul Imam al-Habib 'Abdullah bin 'Alwi bin Muhammad al-Haddad


Friday, October 16, 2009
Dayang Isah Tandangsari
Notes from Atta Abang Ramli
Buat pengetahuan anda semua, gmbr2 ini diambil semasa saya, abang saya abang noor hisham, kawannya abg shamsurey dan Yasier serta bonda fatimah berkunjung raya ke Debak baru2 ini...pada mulanya hajat kami ingin beraya ke Debak semata2 untuk melawat saudara mara di sana tetapi sempat berkunjung ke dua buah rumah sahaja iaitu d rumah Pak Abang Abai and Pak Usu kpada Abg Shamsurey..Ntah pada ketika itu, hasrat hati ini membuak2 ingin menerjah Makam Dayang Isah Tandangsari yang pd kebetulannya kami lalui sepanjng jalan besar Sri Aman tersebut dan akhirnya kami semua ingin meneroka jalan masok ke makam berkenaan selepas balek sahaja beraya dr Debak...Ikutilah perjalanan cerita ringkas dr saya mengenai terjahan yg tidak dirancangggg....:)
Wednesday, October 14, 2009
Pencerahan Terhadap Isu Purdah di al-Azhar
"Suatu isu kecil timbul baru-baru ini, apabila beberapa akhbar tempatan melaporkan bahawa Syeikhul Azhar Mohammed Sayyed Tantawi merancang untuk mengharamkan pemakaian purdah bagi para pelajar wanita di Universiti Al-Azhar atas alasan keselamatan. Pelbagai respon kedengaran. Ada yang agak terkejut dengan berita tersebut, dan melihatnya sebagai satu usaha untuk menyebarluaskan agenda Barat dan ‘merosakkan’ universiti Al-Azhar, serta menuduh Syeikh Mohammed Sayyed Tantawi sebagai dalang bagi agenda Barat tersebut. Ada juga beberapa pihak yang menyokong usaha tersebut, dengan menegaskan bahawa pemakaian purdah tidak wajib dan malah tidak perlu."
Untuk membaca lebih lanjut,sila klik di sini.
Moga Allah membantu kita dalam bersangka baik terhadap ulama. Ya Allah,lindungilah kami dari api fitnah dan jauhkan lah kami dari tergolong dalam golongan fasik dan munafik.
Tuhan lebih mengetahui atas segala sesuatu.
Monday, October 12, 2009
Bicara Siasah: Pasca-Bagan Pinang, Pasca-EGM MCA,
Kekalahan Pas-PR di Bagan Pinang tidak memeranjatkan saya. Malah saya bersyukur dengan kekalahan tersebut,kerana sedikit sebanyak peristiwa di Bagan Pinang akan membuka sedikit sebanyak mata Pas yang sekian lama mengalami kekalutan dalaman, yakni buntu sama ada mahu ikut Mursyidul atau Presiden. Inilah masanya Pas muhasabah dan melihat sedalam-dalamnya apakah yang mereka tertinggal di dalam perjuangan mereka. Setelah selesai meneliti ucapan beberapa pimpinan negeri Pas di Negeri Sembilan, beliau menyimpulkan isu-isu di negeri lain akan mempengaruhi undi Pas di tempat lain.Disini saya memperoleh 2 dapatan;
i. Perang isu kebajikan oleh PM, Datuk Seri Najib Razak melalui 1Malaysia sedikit sebanyak memberi kesan terhadap isu di peringkat nasional,lantas mempengaruhi keadaan di peringkat negeri.
ii. Kelekaan Pas dalam isu di negeri lain; terutamanya di Selangor sedikit sebanyak mempengaruhi Pas dalam keberadaan mereka di dalam PR di peringkat negeri.Mungkin PR di peringkat Pusat tidak menghadapi masalah tetapi di peringkat negeri?Tiada siapa yang mampu memberi jawapan.

Melihat keadaan ini, saya semakin risau dengan keberadaan Pas di dalam PR.Adakah mereka akan terus mengorbankan perjuangan negara Islamnya semata-mata mahu menguasai negara dan juga menang pilihanraya. Jika benar dan jelas, Pas ingin membina sebuah negara Islam yang berdaulat, melaksanakan sepenuhnya sistem syariah jalan Pas di dalam PR sangat berliku. Ini kerana saya melihat perantaraan Pas dan DAP di dalam PR adalah satu; Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jika tiada Datuk Seri Anwar, saya kira sukar untuk Pas dan DAP untuk duduk semeja seperti yang ada sekarang.

Jadi, inilah masanya Pas mengira sama ada untuk terus berada di dalam PR pada masa akan datang atau untuk terus memperjuangkan daulah Islamiyyah. Semestinya Pas menggalas beban yang berat dalam memperjuangkan daulah Islamiyyah. Saya kira Pas sudah merangka strategi mereka di dalam PR,tetapi sejauh manakah istilah dakwah yang dipikul oleh Pas selama mana mereka berada di dalam medan siasah negara. Mungkin sukar untuk membawa wadah daulah Islamiyyah, tetapi percayalah, jika Pas benar-benar mahu mewujudkan daulah Islamiyyah; daulatkan Islam di dalam negara kita yang tercinta ini.Jangan lupa, Allah 'Azza wa Jalla pasti akan bersama dengan mereka yang mendaulatkan agama Allah.
Pasca-EGM MCA
Mungkin saya tidak dapat melihat sepenuhnya isu ini kerana sumber saya terhad kepada berita berbahasa Melayu. Namun, dua usul yang telah diluluskan menunjukkan isyarat yang besar kepada MCA. Selepas UMNO, MCA menyusul dengan krisis kepimpinan. Mungkin selepas ini MIC juga mengikut jejak langkah yang sama.

Usul yang pertama didalam EGM MCA; undi tidak percaya kepada Datuk Seri Ong Tee Kiat telah diundi.Dan ini isyarat hampir setengah perwakilan MCA menolak kepimpinan Datuk Seri Ong. Tidak mustahil Datuk Seri Ong akan melepaskan jawatannya selepas mesyuarat Jawatankuasa Pusat MCA. Datuk Seri Dr. Chua juga ditolak hampir setengah oleh perwakilan.

Isu Pasca-EGM MCA ini membimbangkan saya kerana jika pucuk pimpinan MCA berubah, secara tidak langsung akan mempengaruhi kerusi menteri di dalam kerajaan pusat. Kerajaan pusat akan terus haru biru dengan pertukaran menteri yang sering bertukar ganti. Ini secara tidak langsung akan mengganggu dasar-dasar yang telah dibuat dan diolah oleh menteri terdahulu.Orang bawahan juga bertambah pening dengan pertukaran yang sering berlaku di dalam pucuk pimpinan kerajaan
Kesimpulan
Walau apapun yang berlaku didalam siasah Malaysia, kita secara tidak langsung akan terkena tempiasnya baik kita mengikuti perkembangannya ataupun tidak. Siasah Malaysia, satu perkara yang semakin rumit jika kita semakin mengenalinya. Mereka yang terlibat di dalam siasah ini, mahu perubahan yang berlaku secara mendadak dan segera. Dan mungkin ini bukanlah jalan yang terbaik untuk melakukan perubahan dalam jangka masa yang panjang. Mengambil iktibar dari buku Generasi Salahuddin, perubahan dilakukan dalam jangka masa yang lama bukan secara mendadak.
Mengubati hati, lebih penting dari mengubati luka luaran. Janganlah kita menjadi seperti wahhabi siasah, mengkafirkan orang secara melulu tanpa usul periksa; membangkang tanpa menilai dari pelbagai sudut; mengkritik tanpa mengambil kira semua aspek.
Saya juga bukan seorang yang maksum,saya juga tidak terlepas dari kesalahan.Malah saya juga dalam proses membaiki diri.Jika kita ambil sehelai kertas dan hitamkannya menggunakan pensel dalam masa 10 saat adalah perkara yang sangat mudah.Tetapi jika cuba untuk memadam lorekan kita tadi dalam masa 10 saat adalah sangat mustahil,bukan semua dapat melakukannya.Perubahan juga begitu.Tidak dapat dilakukan dalam sekelip mata,malah memerlukan banyak masa, dan juga pengorbanan.
Maaf kiranya terlalu banyak celoteh saya didalam entri kali ini.Hanya Allah yang mengetahui atas segala sesuatu.
Tuesday, October 6, 2009
Ucapan Khas kepada Calon-calon Peperiksaan Menengah Rendah 09

