Thursday, October 29, 2009

Bila Rumi Menari!

Kita menari bukan sebarang tarian

Asalnya dari tanah orang-orang pilihan

Bila terdengar masnawi ciptaan maulana

Ku bunuh nafsu lebur rantainya dari badan

Hingga hilang bangga diri

Berani hidup berani mati

Bagai musafir bertemu janji

Ini Darwis sudah gila berahi

Kita tak rindu pada siasah dunia

Perangkapnya membuat manusia hampa

Untuk bertemu impian bukan percuma

Mengorbankan yang tersangat kita cinta

Bagai Yunus dimakan paus

Ibrahim tak makan api

Bertemu kekasih di malam kudus

Luka di badan tak terasa lagi

Pukullah rebana jantungku bersyairlah maulana

Aku mabuk hakiki mendengar suaramu

Sayang... pada mereka yang tak mengerti

Sayang... pada hati tertutup mati

Bagai sangkar tanpa penghuni

Burung berharga terlepas lari

Rindu (ya maulana)

Kembali bertemu (ya maulana)

Hatiku merindukan pemiliknya (ya maulana)

Rindu (ya maulana)

Kembali bersatu (ya maulana)

Kembali bersatu dengan yang dikasihi

Rindu (ya maulana)

Kembali bertemu (ya maulana)

Hatiku merindukan pemiliknya (ya maulana)

Rindu (ya maulana)

Kembali bersatu (ya maulana)

Kembali bersatu dengan kekasih

Tuesday, October 27, 2009

Majlis Haul Imam Abdullah 'Alawi al-Haddad di Kuching!




View Larger Map

Pusingan majlis haul Imam Abdullah 'Alawi al-Haddad akan diakhiri di Masjid Wan Alwi, Kuching. Di dalam Google Maps namanya adalah Surau Mahabbah.

Jika dari Jalan Simpang Tiga,tuan/puan boleh meneruskan perjalanan sehingga lampu isyarat Tabuan Jaya.Setelah menghampiri lampu isyarat,tuan/puan hendaklah mengambil jalan di sebelah kiri.Untuk sampai ke Masjid Wan Alwi,jalan terus.Masjid terletak disebelah kiri anda.

Harap dengan bantuan yang sedikit ini dapat membantu tuan/puan untuk mengetahui tempat majlis haul tersebut.

Tuhan Lebih Mengetahui Atas Sesuatu

Wednesday, October 21, 2009

Majlis Haul Imam al-Habib 'Abdullah bin 'Alwi bin Muhammad al-Haddad



Majlis Haul Imam AlHaddad bertujuan khusus mengenang peninggalan Imam Al-Haddad selaku seorang Qutub dan Mujaddid Islam abad kedua belas hijri. Al-Imam Al-Habib Abdullah bin Alawi bin Muhammad Al-Haddad terkenal sebagai seorang ‘arifin yang memiliki ilmu yang luas lagi bermanfaat; bukan sahaja untuk insan yang hidup pada zaman beliau, bahkan untuk sesiapa sahaja tanpa batasan merentasi zaman atau umur. Beliau kehilangan daya penglihatan sejak berusia umur empat tahun namun memiliki kelebihan yang luar biasa yang telah digantikan oleh Allah s.w.t. dengan nur basirah serta kebolehan menyerap ilmu dan menyebarluaskannya.
Siapakah Imam 'Abdullah al-Haddad?
Beliau bernama Abdullah bin Alawi bin Muhammad bin Ali Al-Tarimi Al-Haddad Al-Husaini Al-Yamani. Beliau (rahimahullah) dilahirkan di Subir sebuah perkampungan berhampiran kota Tarim di Wadi Hadhramaut, selatan negeri Yaman pada hari Ahad 5 haribulan Safar tahun 1044 hijriah bersamaan 30 haribulan Julai tahun 1634 Masehi. Al-Habib telah diasuh dan ditarbiahkan di Kota Tarim. Ketika beliau meningkat umur empat tahun, Al-Habib dijangkiti penyakit cacar yang mengakibatkan kehilangan daya penglihatan. Walaupun demikian, Allah yang Maha Agong lagi Mulia telah menggantikan kepada Al-Habib dengan mata hati (cahaya ilmu dan pengetahuan serta keyakinan dan wilayah). Berasaskan kurniaan ini, Al-Habib telah berusaha dengan penuh dedikasi dan kegigihan menceduk ilmu dari sejumlah besar para ulama’ di Yaman. Cinta beliau terhadap ilmu dan para ulama’ menghasilkan kebolehan menguasai ajaran para ahli tahkik (orang yang mengenali Allah dengan ‘ainul-yakeen serta hakkul-yakeen). Semenjak kecil lagi beliau memaparkan kekuatan usaha ibadat dan kerajinan memuntut ilmu.
Untuk membaca lebih lanjut tentang beliau,sila klik di sini.
Majlis haul di Melaka akan diadakan di Baitul Qura, Sungai Udang pada 27 Oktober 2009. Majlis di Sarawak akan diadakan di Masjid Wan Alwi, Tabuan Jaya pada 31 Oktober 2009 dan di Masjid an-Nur, Pujut Padang Kerbau, Miri pada 30 Oktober 2009. Di Labuan akan diadakan di Masjid Layang-Layangan pada 29 Oktober 2009.

Friday, October 16, 2009

Dayang Isah Tandangsari

Ini yang saya perolehi dari Facebook pakcik saya mengenai salasilah keluarga kami, terutamanya sebelah mak saya.

Notes from Atta Abang Ramli

Salam ....Untuk tatapan keturunan yang sama sejalur dgn saya atau pun tidak, di sini disertakan gmbr2 MAKAM DAYANG ISAH TANDANGSARI, MAKAM DATO GODAM & MAKAM PENGIRAN DATO PENGIRAN ABDUL KADIR...

Buat pengetahuan anda semua, gmbr2 ini diambil semasa saya, abang saya abang noor hisham, kawannya abg shamsurey dan Yasier serta bonda fatimah berkunjung raya ke Debak baru2 ini...pada mulanya hajat kami ingin beraya ke Debak semata2 untuk melawat saudara mara di sana tetapi sempat berkunjung ke dua buah rumah sahaja iaitu d rumah Pak Abang Abai and Pak Usu kpada Abg Shamsurey..Ntah pada ketika itu, hasrat hati ini membuak2 ingin menerjah Makam Dayang Isah Tandangsari yang pd kebetulannya kami lalui sepanjng jalan besar Sri Aman tersebut dan akhirnya kami semua ingin meneroka jalan masok ke makam berkenaan selepas balek sahaja beraya dr Debak...Ikutilah perjalanan cerita ringkas dr saya mengenai terjahan yg tidak dirancangggg....:)
Signboard ini kami jumpai terlbeh dahulu sebelum masok ke dlm kawasan makam...Perhatikan nama 3 makam berkenaan...
Ni jalan nak masok ke dalam.....
Kawasan luar makam yang sudah lama terbiar, dipercayai penjaga makam berkenaan sudah meninggal dunia dan tidak dijaga dengan sebaiknya...
Makam Dato Godam di sebelah kiri dan di sebelah kanan adlaah Makam Dato Pengiran Abdul Kadir...
Makam Dato Godam...
Sudah ternyata , ini Makam Dato Godam...
Di Nisan Dato Godam....
Makam Dato Temenggung Pengiran Abdul Kadir
Nisan Dato Temenggung Pengiran Abdul Kadir
Ini dia Makam Dyang Isah Tandang Sari...
Makam ini pernah dijadikan sebagai tmpt berhala utk meminta nombor ramalan (no ekor) dan pemujaan berunsurkan syirik...
Sempat bergmbr kenangan...
Bergmbar kenangan di Makam Moyang Dato Temenggung Abdul Kadir...
Di Makam Dato Godam...

Wednesday, October 14, 2009

Pencerahan Terhadap Isu Purdah di al-Azhar

Berikut adalah yang telah saya petik dari blog sahabat saya, saudara Abdul Muntaqim pemilik blog Akhie Naim' Blog mengenai kontroversi yang telah diwar-warkan di dada akhbar nasional di negara. Ini semacam ada usaha ingin menerbitkan kegelisahan dan juga buruk sangka di kalangan umat Islam terhadap intituisi tertua di dunia-Universiti al-Azhar. Sebagai seorang orang awam di negara lain, adalah perlu kita meneliti setiap berita yang sampai ke telinga kita.

"Suatu isu kecil timbul baru-baru ini, apabila beberapa akhbar tempatan melaporkan bahawa Syeikhul Azhar Mohammed Sayyed Tantawi merancang untuk mengharamkan pemakaian purdah bagi para pelajar wanita di Universiti Al-Azhar atas alasan keselamatan. Pelbagai respon kedengaran. Ada yang agak terkejut dengan berita tersebut, dan melihatnya sebagai satu usaha untuk menyebarluaskan agenda Barat dan ‘merosakkan’ universiti Al-Azhar, serta menuduh Syeikh Mohammed Sayyed Tantawi sebagai dalang bagi agenda Barat tersebut. Ada juga beberapa pihak yang menyokong usaha tersebut, dengan menegaskan bahawa pemakaian purdah tidak wajib dan malah tidak perlu."

Untuk membaca lebih lanjut,sila klik di sini.

Moga Allah membantu kita dalam bersangka baik terhadap ulama. Ya Allah,lindungilah kami dari api fitnah dan jauhkan lah kami dari tergolong dalam golongan fasik dan munafik.

Tuhan lebih mengetahui atas segala sesuatu.






Monday, October 12, 2009

Bicara Siasah: Pasca-Bagan Pinang, Pasca-EGM MCA,

Pasca-Bagan Pinang

Kekalahan Pas-PR di Bagan Pinang tidak memeranjatkan saya. Malah saya bersyukur dengan kekalahan tersebut,kerana sedikit sebanyak peristiwa di Bagan Pinang akan membuka sedikit sebanyak mata Pas yang sekian lama mengalami kekalutan dalaman, yakni buntu sama ada mahu ikut Mursyidul atau Presiden. Inilah masanya Pas muhasabah dan melihat sedalam-dalamnya apakah yang mereka tertinggal di dalam perjuangan mereka. Setelah selesai meneliti ucapan beberapa pimpinan negeri Pas di Negeri Sembilan, beliau menyimpulkan isu-isu di negeri lain akan mempengaruhi undi Pas di tempat lain.Disini saya memperoleh 2 dapatan;

i. Perang isu kebajikan oleh PM, Datuk Seri Najib Razak melalui 1Malaysia sedikit sebanyak memberi kesan terhadap isu di peringkat nasional,lantas mempengaruhi keadaan di peringkat negeri.

ii. Kelekaan Pas dalam isu di negeri lain; terutamanya di Selangor sedikit sebanyak mempengaruhi Pas dalam keberadaan mereka di dalam PR di peringkat negeri.Mungkin PR di peringkat Pusat tidak menghadapi masalah tetapi di peringkat negeri?Tiada siapa yang mampu memberi jawapan.


Melihat keadaan ini, saya semakin risau dengan keberadaan Pas di dalam PR.Adakah mereka akan terus mengorbankan perjuangan negara Islamnya semata-mata mahu menguasai negara dan juga menang pilihanraya. Jika benar dan jelas, Pas ingin membina sebuah negara Islam yang berdaulat, melaksanakan sepenuhnya sistem syariah jalan Pas di dalam PR sangat berliku. Ini kerana saya melihat perantaraan Pas dan DAP di dalam PR adalah satu; Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jika tiada Datuk Seri Anwar, saya kira sukar untuk Pas dan DAP untuk duduk semeja seperti yang ada sekarang.


Jadi, inilah masanya Pas mengira sama ada untuk terus berada di dalam PR pada masa akan datang atau untuk terus memperjuangkan daulah Islamiyyah. Semestinya Pas menggalas beban yang berat dalam memperjuangkan daulah Islamiyyah. Saya kira Pas sudah merangka strategi mereka di dalam PR,tetapi sejauh manakah istilah dakwah yang dipikul oleh Pas selama mana mereka berada di dalam medan siasah negara. Mungkin sukar untuk membawa wadah daulah Islamiyyah, tetapi percayalah, jika Pas benar-benar mahu mewujudkan daulah Islamiyyah; daulatkan Islam di dalam negara kita yang tercinta ini.Jangan lupa, Allah 'Azza wa Jalla pasti akan bersama dengan mereka yang mendaulatkan agama Allah.

Pasca-EGM MCA

Mungkin saya tidak dapat melihat sepenuhnya isu ini kerana sumber saya terhad kepada berita berbahasa Melayu. Namun, dua usul yang telah diluluskan menunjukkan isyarat yang besar kepada MCA. Selepas UMNO, MCA menyusul dengan krisis kepimpinan. Mungkin selepas ini MIC juga mengikut jejak langkah yang sama.


Usul yang pertama didalam EGM MCA; undi tidak percaya kepada Datuk Seri Ong Tee Kiat telah diundi.Dan ini isyarat hampir setengah perwakilan MCA menolak kepimpinan Datuk Seri Ong. Tidak mustahil Datuk Seri Ong akan melepaskan jawatannya selepas mesyuarat Jawatankuasa Pusat MCA. Datuk Seri Dr. Chua juga ditolak hampir setengah oleh perwakilan.

Isu Pasca-EGM MCA ini membimbangkan saya kerana jika pucuk pimpinan MCA berubah, secara tidak langsung akan mempengaruhi kerusi menteri di dalam kerajaan pusat. Kerajaan pusat akan terus haru biru dengan pertukaran menteri yang sering bertukar ganti. Ini secara tidak langsung akan mengganggu dasar-dasar yang telah dibuat dan diolah oleh menteri terdahulu.Orang bawahan juga bertambah pening dengan pertukaran yang sering berlaku di dalam pucuk pimpinan kerajaan

Kesimpulan

Walau apapun yang berlaku didalam siasah Malaysia, kita secara tidak langsung akan terkena tempiasnya baik kita mengikuti perkembangannya ataupun tidak. Siasah Malaysia, satu perkara yang semakin rumit jika kita semakin mengenalinya. Mereka yang terlibat di dalam siasah ini, mahu perubahan yang berlaku secara mendadak dan segera. Dan mungkin ini bukanlah jalan yang terbaik untuk melakukan perubahan dalam jangka masa yang panjang. Mengambil iktibar dari buku Generasi Salahuddin, perubahan dilakukan dalam jangka masa yang lama bukan secara mendadak.

Mengubati hati, lebih penting dari mengubati luka luaran. Janganlah kita menjadi seperti wahhabi siasah, mengkafirkan orang secara melulu tanpa usul periksa; membangkang tanpa menilai dari pelbagai sudut; mengkritik tanpa mengambil kira semua aspek.

Saya juga bukan seorang yang maksum,saya juga tidak terlepas dari kesalahan.Malah saya juga dalam proses membaiki diri.Jika kita ambil sehelai kertas dan hitamkannya menggunakan pensel dalam masa 10 saat adalah perkara yang sangat mudah.Tetapi jika cuba untuk memadam lorekan kita tadi dalam masa 10 saat adalah sangat mustahil,bukan semua dapat melakukannya.Perubahan juga begitu.Tidak dapat dilakukan dalam sekelip mata,malah memerlukan banyak masa, dan juga pengorbanan.

Maaf kiranya terlalu banyak celoteh saya didalam entri kali ini.Hanya Allah yang mengetahui atas segala sesuatu.
Lagi pautan:

Tuesday, October 6, 2009

Ucapan Khas kepada Calon-calon Peperiksaan Menengah Rendah 09


Kepada adik-adik yang akan menduduki PMR 09, ingin abang utuskan ucapan selamat kepada adik-adik semua khususnya kepada adik-adik peserta Jom Cemerlang PMR di sekitar Kuching dan Samarahan khususnya kepada;
Pelajar Tingkatan 3 SMK Sebuyau
Pelajar Tingkatan 3 Kolej Datu Patinggi Abg. Hj. Abdillah, Kuching
Pelajar Tingkatan 3 SMKA Tun Ahmad Zaidi
Ingat kembali janji adik-adik untuk membanggakan kedua ibu bapa adik-adik.Maaf kiranya abang tidak dapat untuk mengutuskan ucapan selamat abang kepada adik-adik secara individu kerana kekangan kewangan.
Abang doakan adik-adik semua selamat menduduki,tidak cemas semasa menjawab,diberi ilham untuk menjawab soalan,dan mendapat keputusan cemerlang.Semoga berjaya semuanya.
Jom Cemerlang!!! PMR!!!!!

Jemputan ke Haul Habib Muhammad al-Maliki al-Hasani


Sila klik untuk gambaran lebih jelas.


Kepada sahabat-sahabat di sekitar Melaka di jemput hadir. Mari memeriahkan lagi majlis ilmu di bumi bersejarah.